Sunday, July 31, 2011

Khairul Fahmi Che Mat (Apek) Putus Tunang – Penjelasan Kemelut yang Melanda

Isu mengenai hubungan pertunangan mereka mengalami masalah mula tersebar beberapa hari (mungkin minggu) lepas sebelum perlawanan Malaysia vs Singapura. Nasib baik Apek masih mampu fokus pada perlawanan itu.

Apa yang terpendam akhirnya terburai dan Apek,22, telah membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan beliau dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Berikut merupakan penjelasan Apek dipetik dari HMetro mengenai isu yang heboh disebarkan melalui internet dan keputusan memutuskan pertunangan.

“SEBENARNYA, saya tampil membuat kenyataan kepada MA(METRO AHAD) kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Saturday, July 30, 2011

Aleesya Farhana Meninggal Dunia ( Lelaki Yang Ingin Menukar Namanya )


 

Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, yang telah ditolak untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 25 Julai lepas telah meninggal dunia pukul 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sebuah hospital malam tadi kerana serangan jantung dan tekanan darah rendah. Al-Fatihah.

Sumber

Friday, July 29, 2011

Aiskrim Comel Dan Kreative !!!



Cantik kan aiskrim ni..ada banyak lagi...Jom Tengok!


Monday, July 25, 2011

Cop Having A great Time - Bukan Entri Lucah


Cop Having A great Time OoooYahhh...apa polis ni buat..malu nak tangkap ke bang ?

Saturday, July 23, 2011

Siaran Langsung Singapura Vs Malaysia

KELAYAKAN PIALA DUNIA ZON ASIA (R2)


23 Julai 2011
SINGAPORE vs MALAYSIA


Stadium Jalan Besar


Kick Off 7.30 mlm



LIVE Astro Arena 801 ( 7.00 mlm )
LIVE TV2 ( 7.15 mlm )
Kickoff  ( 7.30 mlm )


Doakan Kemenangan Harimau Malaya !!


Selamanya!! Selamanya!! Selamanya Harimau Malaya!!!!

Friday, July 22, 2011

New Cooling Fan For Computer


apamacam ? nice tak cooling fan terbaru nih?

Penjual Telefon Memilih Pelanggan ?


macam tu pon nak memilih lagi? ke ada udang di sebalik batu nih ?

Malaysia Kalah Tipis - Chelsea Kurang Mantap

Gol jaringan Didier Drogba pada babak kedua memberikan Chelsea kemenangan tipis 1-0 menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Gol hasil dari tendangan percuma Drogba pada minit ke-79 itu yang singgah di tiang gol sebelum terkena badan penjaga gol gantian pasukan kebangsaan, Mohd Izham Tarmizi di lihat agak kontroversi kerana beberapa ulang tayang menunjukkan bola tidak melepasi garisan.

Namun penjaga garisan, M. Sivanesan mengisyaratkan bola tersebut sudah melintas garisan.

Chelsea yang menurunkan hampir kesemua bintang mereka menguasai permainan namun hanya berjaya menang tipis.

Mereka memulakan gerakan seawal minit kedua apabila penyerang merbahaya, Fernando Torres melakukan rembatan kencang namun berjaya diselamatkan penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.

Chelsea mengasak kubu Malaysia dengan gerakan pemain, Yossi Benayoun pada minit ke-13 menghantar bola kepada Salomon Kalou, yang gagal merembat tepat ke pintu gol.

Malaysia sekali lagi cemas pada minit ke-17 apabila salah faham berlaku di antara kapten, Norhafiz Zamani Misbah dan S. Subramaniam mengakibatkan bola terlepas ke kaki Frank Lampard namun percubaannya tersasar.min 17- lampard mensia-siakan peluang di depan gol dengan keadaan tidak dikawal. kesilapan Norhafiz zamani misbah dan S. Subramaniam.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bermula,

Thursday, July 21, 2011

Sebab Kenapa Superheroes Jarang Online

Wednesday, July 20, 2011

Sosej Babi halal ?



BUKTI...sosej dipercayai dibuat daripada Babi tertera logo halal Jakim.

Sepakan Penalti Yang Unik




korang leh ke sepak cam ni ?

Sunday, July 17, 2011

World Class Free Kick From MALAYSIAN SAFIQ RAHIM



World Class Free Kick From MALAYSIAN SAFIQ RAHIM

Saturday, July 16, 2011

Siaran Langsung Malaysia VS Liverpool di Bukit Jalil ( Astro SuperSport )

Bagi mengubati hati pelanggan Astro yang geram kerana tidak menyiarkan siaran langsung Malaysia vs Arsenal tempoh hari, Astro akan menyiarkan bagi perlawanan kedua EPL Tour menentang Liverpool.

Perlawanan diantara Malaysia vs Liverpool akan diadakan siaran secara langsung di saluran Astro SuperSport (817) pada jam 4.55 petang. Perlawanan ini akan berlangsung pada 16 Julai 2011 (Sabtu) jam 5.45 petang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

kepada rakyat malaysia! ayuh tunjukkan sokongan mu pada harimau malaya...xperlu bajet jadi mat salleh celup..fanatik giler @$!@# liverpool yea..kalau rasa malu nak sokong malaysia..anda boleh blah dari negara ni =)

Jawatan Kosong - Kerja Sambilan ( Bawa Slip Gaji ? )


apa jenis kerja ni sampai kena bawak slip gaji sekali? hehehe kalau lah betul ada jawatan kosong macam ni..memang teruk lah kan...kerja sambilan katakan ;p

Friday, July 15, 2011

Semakan Keputusan Permohonan IPTA Secara Online dan SMS untuk lepasan STPM/Diploma 2011

Keputusan permohonan IPTA untuk calon STPM / Diploma 2011/12 telah dikeluarkan mulai 12pm, 15/7/2011.

Yang pasti debaran makin hangat terasa, para calon mesti dah tak sabar kan. heee Sabar je laa dan terima apa juga keputusan dengan redha.

Ada 3 cara nak semak keputusan permohonan ni iaitu secara SMS, Talian Terus dan Online.

1. Semakan Secara SMS

Taip UPU RESULT [No. K/P] dan SMS ke 15888 .
Contoh : UPU RESULT 930927036641 dan SMS ke 15888.

2. Semakan Talian Terus

Hotline – 03-8883 5858 (10 Talian)

Helpline – 03-8883 5848

Talian Am – 03-8883 5801/5802

3. Semakan Secara Online hanya perlu klik website berikut

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

 

Semoga semua calon berjaya dan bagi yang tak berjaya cuba lagi yea :)

 

 

Harimau Muda bercita-cita sekat dominasi Jepun

Meskipun Skuad Malaysia terpaksa bersaing dengan gergasi Asia, Jepun dalam kelayakan Olimpik Asia, namun jurulatih Ong Kim Swee jelas begitu optimistik skuadnya mampu melakukan kejutan.

Turut bersama Malaysia dalam kumpulan C ialah Syria dan Bahrain, yang mana ada pihak berpendapat skuad negara bakal menerima cabaran sukar dan tidak ketinggalan ada juga yang menganggap mereka bernasib baik.

Apapun cabarannya, Kim Swee nyata mahu mengetepikan perasaan gusar dan gementar sebalikya menumpukan perhatian dalam memperkukuhkan corak permainan.

"Memang kami tahu, Jepun adalah pasukan terkuat Asia manakala Syria dan Bahrain juga banyak melibatkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa. Pun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk kami berasa gementar.

"Untuk menjadi pasukan yang hebat anda tidak boleh memilih pasukan lawan. Untuk itu, kami harus fokus dalam satu demi satu perlawanan. Apa yang pasti, bertemu Jepun adalah tugas paling mencabar," katanya.

Kim Swee juga menjelaskan pihaknya tidak akan membuat perubahan besar bagi menghadapi saingan itu, sebaliknya hanya akan memanggil beberapa pemain baru dari pasukan negeri.

"Kami akan membuat pemilihan pemain baru pada 11 Julai ini untuk memperkukuhkan jentera. Kami tidak akan membuat perubahan besar lebih-lebih lagi kerana kesuntukan masa," katanya.

Salah seorang Jurulatih berpengalaman, Datuk M. Karathu, turut diminta mengulas mengenai kemampuan Malaysia untuk bersaing dengan juara Asia itu dalam kumpulan C. Ini komen beliau:

Wednesday, July 13, 2011

Amnesty International : Jangan bentang permaidani merah untuk PM Najib


Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu.

Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron (kanan) khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK. Katanya pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.

Hujah Amnesty berdasarkan beberpa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Saturday, July 9, 2011

Kelantan ( The Red Warriors ) mahu gegar Piala AFC pula

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan The Red Warriors akan menyertai Piala AFC 2012 sebagai juara Liga Super, malah sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat tiga pemain import dari beberapa negara tertentu yang sudah dikenal pasti bagi memperkuatkan pasukannya.

Kalau pun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 12 Julai ini mungkin menolak pemain import bagi Liga M musim depan, Kelantan tetap mahu membawa mereka hanya untuk Piala AFC, kerana Kelantan tidak mahu sekadar menjadi budak belasahan dan yang tidak mampu menyaingi lawan dengan persediaan yang tidak seberapa..

Puisi - Peludah Warna Oleh A. Samad Said

Peludah Warna by A Samad Said

 

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad


Peludah Warna


Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.


Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.


Friday, July 8, 2011

Isteri tolak poligami dosa besar


Kesilapan suami laksana syariat bukan alasan ketepi hukum


Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad.
“Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.

 

Tuesday, July 5, 2011

Kenapa Tatu @ Tattoos itu Haram ?



wahhh begini yea sebab haramnya tatu =)

Related Posts with Thumbnails