Monday, July 8, 2013

Izzue Islam Masih Belum Sempat Berbulan Madu

Izzue Islam


Izzue Islam Masih Belum Sempat Berbulan Madu


Pelakon berwajah jambu, Izzue Islam yang selamat mendirikan rumahtangga pada 2 Jun lalu menyatakan sehingga kini dia dan isteri masih belum berkesempatan untuk berbulan madu seperti kebiasaan yang dilakukan oleh pasangan pengantin baru.

Izzue yang juga merupakan ahli kumpulan Forteen menikahi pengurusnya, Nurinafilah Waharudin, 31, atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin yang telah dikenalinya sejak lima tahun lalu.

“Saya agak sibuk ketika ini dan belum berkesempatan membawa isteri bercuti untuk berbulan madu. Namun, saya bakal bercuti ke Hong Kong, Macau dan Disneyland bersama para peminat anjuran Safir Go Travel, jadi percutian ini boleh juga dianggap sebagai bulan madu untuk saya dan isteri,” katanya memetik laporan portal Gua.

Selepas bergelar suami, jejaka berusia 23 tahun ini menyatakan kehidupannya kini semakin terurus dalam pelbagai aspek selain memberitahu tidak pernah terbit penyesalan di hatinya kerana berkahwin awal di kala namanya menjadi sebutan peminat di luar sana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails