Sunday, June 2, 2013

Fouziah Gous Selamat Bertunang, Nikah Pada September

Fouziah Gous Selamat Bertunang, Nikah Pada September


Fouziah Gous Selamat Bertunang, Nikah Pada September


KUALA LUMPUR –  Pelakon popular, Nor Fouziah Mohd Gous, 30, mengikat tali pertunangan dengan Md Zhafran Md Yusof, 30, dalam satu majlis yang diadakan di Restoran Asmara Penchala, Kuala Lumpur, malam Sabtu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa saudara yang mewakili pihak lelaki, Datuk Kamal Ismail.

Sementara itu, pihak Fouziah diwakili oleh Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sireh, manisan coklat, sepersalinan kain, set alat kosmetik dan wangian dan kamera.

Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, sepersalinan baju Melayu, kain songket, beg tangan, senaskah Al-Quran, set wangian dan manisan.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Zhafran, Normah Ali.

Pada majlis tersebut, Fouziah tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Zery Zamry.

Sementara itu, Fouziah yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega semuanya berjalan lancar.

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Fouziah yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

“Kami berkenalan pada Mac dan baru tiga bulan kami bercinta namun Zhafran banyak memberi keyakinan kepada saya dalam segala hal.

“Memang pada awalnya kami hanya berbincang tentang bisnes sahaja namun rasa cinta itu datang secara tidak langsung,” katanya.

Manakala Zhafran memberitahu Faouziah merupakan seorang wanita yang periang dan mampu memikat hatinya.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada September depan. – Mstar.com.my

Izzue Islam Nikah Pengurus Dengan Sekali Lafaz

Izzue Islam Nikah Pengurus Dengan Sekali Lafaz


Izzue Islam Nikah Pengurus Dengan Sekali Lafaz


SHAH ALAM – Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan dengan sekali lafaz.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammadd Izzul Islam Mazlan, 23 dan Nurinafilah atau Awin, 31, dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit, 58, dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam di sini pada Ahad.

Acara sebelum itu dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 150 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima 11 Dinar sebagai mas kahwin dan RM11,111.11 sebagai wang hantaran.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Awin dan Izzue kelihatan anggun dan segak dengan mengenakan busana songket dari rona putih tajaan ‘Classic Bridal’.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan pada hari sama sejurus selepas majlis akad nikah berlangsung.

Majlis akad nikah dan perkahwinan tersebut dikendalikan oleh N’dah Catering & Weeding Planner itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan berkonsepkan ‘Indoor Garden’.

Sebelum ini pasangan itu telah mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Izzue dan Awin berkenalan sejak 2008 dan telah bercinta selama enam tahun. – mStar

Saturday, June 1, 2013

Shajiry Dan Yusnita Sah Suami Isteri

Shajiry Dan Yusnita Sah Suami Isteri



Shajiry Dan Yusnita Sah Suami Isteri


Penyanyi 90-an yang pernah popular menerusi lagu Hadirlah Kasih, Shajiry, sah bergelar suami kepada Yusnita Yusof dengan hanya sekali lafaz, tepat jam 11 pagi, sebentar tadi.

Majlis ijabkabul telah diadakan di Masjid Saidina Omar Al-Khattab, Bukit Damansara.

Shajiry atau nama sebenarnya Mohamad Shajiri Damery telah dinikahkan oleh bapa saudara pengantin perempuan iaitu Sahak Mohd Amin. Turut disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Omar Al-Khattab merangkap penolong pendaftar nikah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Shukri Yaaccob.

Yusnita menerima mas kahwin sebanyak RM1000 tunai dan wang hantaran sebanyak RM15,000 tunai.

Sejurus selepas akad nikah, diadakan upacara pembatalan air sembahyang. Shajiry menyerahkan mas kahwin serta menyarungkan cincin kepada isterinya. Kemudian si isteri pula menyarungkan cincin kepada pelakon filem Bro, Mana Motor Gua, ini.

Penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan pop, KGB, ini memberi sembilan dulang hantaran kepada pengantin perempuan antaranya, sebentuk cincin, sireh junjung, kek dan sepasang kasut.

Sebagai balasan, Yusnita memberi 11 dulang hantaran kepada pengantin lelaki yang berupa senaskah Al-Quran, sireh Junjung, set pewangi jenama Chanel, seutas jam tangan Armani Excharge, sebentuk cincin, set persalinan lelaki, buah-buahan, sepasang kasut jenama Pedro, set penjagaan diri Crabtree & Evelyn, sebuah kamera Samsung Galaxy, sling bag dan dompet berjenama Gucci.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Shajiri segak berbaju Melayu dan Yusnita anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai, teman-teman rapat, rakan artis seperti Dior, Toi (Hyper Act) dan wakil media.

Shajiry dan Yusnita mula berkenalan sejak tiga tahun lalu bermula hanya sebagai rakan kongsi perniagaan. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 9 Mac lalu.

Majlis resepsi pasangan suami isteri ini akan diadakan pada 8 Jun depan di kampung halaman Shajiry, di Ipoh, Perak.

Josiah Hogan Selamat Langsungkan Perkahwinan

Josiah Hogan Selamat Melangsungkan Perkahwinan


Josiah Hogan Selamat Langsungkan Perkahwinan


Mungkin namanya kurang menjadi sebutan namun baru-baru ini nama Josiah Hogan menjadi sebutan ramai apabila drama lakonannya dengan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah, Cinta Jangan Pergi mula mendapat perhatian ramai.

Dalam diam-diam, rupanya pelakon berketurunan Latin ini baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis bertudung yang dikenali sebagai Nor Hidayah pada 26 Mei lalu.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Josiah.

Hadir sama pada majlis persandingannya itu ialah anak tunggal hasil perkahwinan terdahulunya, Irvine yang kini berusia lapan tahun.

Semoga mahligai yang bina Josiah dan Hidayah akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Cj1L0SU

cpAQnZk

Mutu Mahu Ambil Bayi Di China Sebagai Anak Angkat

andrian Mutu mahu ambil bayi di China sebagai anak angkat


Mutu Mahu Ambil Bayi Di China Sebagai Anak Angkat


Romania – Bekas pemain Chelsea, Andrian Mutu berhasrat untuk menjadikan bayi yang dibuang melalui saluran paip kumbahan di China, sebagai anak angkat.

Bapa kepada tiga anak itu memberitahu, rancangan tersebut telah dibincangkan dengan isterinya, Consuelo dan beliau akan membuat permohonan berkenaan sekiranya undang-undang di China memberi kebenaran.

“Apabila melihat laporan mengenai bayi berkenaan dalam televisyen, saya dapat rasakan dia adalah bayi yang istimewa.

“Saya kemudian memberitahu isteri bahawa kami perlu membantunya dan saya akan melakukan apa sahaja bagi menolong bayi itu.

“Sebelum ini saya tidak pernah bercadang mengambil anak angkat namun kini saya tahu, saya perlu membantunya,’’ katanya.

Mutu menyertai Chelsea pada 2003 dengan bayaran  lumayan RM87.4 juta namun dipecat pada 2004 selepas ujian menunjukkan dia positif mengambil kokain.

Selain itu, Mutu juga telah digantung daripada menyertai perlawanan bola sepak seluruh dunia selama tujuh bulan.

Bayi berkenaan menjadi tumpuan dunia selepas dia masih hidup walaupun dibuang ke dalam saluran paip kumbahan.

Ibunya yang berusia 22 tahun, berjaya dikesan oleh polis manakala bapa bayi berkenaan, yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa, meminta supaya ujian dijalankan untuk mengesahkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi berkenaan.
Related Posts with Thumbnails