Sunday, August 11, 2013

Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah

Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah


Siti Dah Lama Berbaik Dengan Tengku Zawiyah


HARI Raya kali ini menyaksikan banyak rumahtangga yang sebelum ini mempunyai sedikit isu, berakhir dengan suasana jernih.

Jika semalam dapat dilihat Fasha Sandha dan Nora Danish kelihatan mesra bersama di hari raya pertama, situasi tidak kurang bezanya dengan hubungan antara penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan bekas isteri Datuk K, Datin Tengku Zawiyah.

Siti bertemu Tengku Zawiyah ketika menemani suaminya mengunjungi ibu Tengku Zawiyah pada 1 Syawal lalu. Malah, mereka dikhabarkan sudah lama berbaik cuma perkara ini tidak diketahui umum.

Ia cuma tersebar selepas anak tiri Siti, Asyraf memuatnaik gambar dirinya bersama Datin Zawiyah dan Siti di laman Instagram.

Kata Asyraf kepada wartawan Berita Harian, dia sengaja memuatnaik gambar itu. Ulasnya, ““Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang saya tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja.”

Sudah pasti, ramai peminat Siti tumpang gembira mengetahui hal ini. Manakala bagi mereka yang selama ini menyimpan rasa negatif terhadap Siti kerana cerita lama pula, eloklah buang segala prasangka sebab segala-galanya sudah berakhir dengan ‘happy ending’.

Tuesday, August 6, 2013

Shila Sertai Chinese Idol Sebelum Pulang Raya

Shila Amzah


Shila Sertai Chinese Idol Sebelum Pulang Raya


Setelah mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang telah pun berlangsung di Shanghai, China pada September tahun lalu, Murai Batu dapat tahu penyanyi tersohor Negara, Shila Amzah yang sedang meluaskan kerjaya seninya di sana, telah menyertai pertandingan Chinese Idol pula.

Shila Amzah telah berkongsi gambar dan berita mengenai dirinya di Instragram dan Twitter yang dia baru sahaja menyertai Chinese Idol di sana semalam. Bangga Murai Batu kerana anak Malaysia ini tidak gentar dan begitu kuat semangat untuk meluaskan bakat nyanyiannya di satu pertandingan nyanyian sebesar itu di negara asing.

Dengarnya, bukan mudah untuk Shila Amzah untuk menyertai pertandiangn itu. Dia perlu melalui proses interview dahulu bersama dengan juri berbangsa Cina di sana. Amboi nampaknya Shila sudah mula menguasai bahasa Cina, jika tidak mana mungkin dia berani melangkah ke sesi interview dan audition di sanakan?

Murai Batu bangga dengan semangat dan kekuatan yang ada pada Shila, yelah dia di sana hanya bersama pembantu peribadinya dari Malaysia sahaja dan sudah lagi tidak ditemani oleh ibunya untuk mengatur kerjaya seninya seperti di Malaysia sebelum ini.

Murai Batu memang selalu ikut perkembangan Shila Amzah di Twitter, Keek dan Instagram, yelah penyanyi ni kan nun jauh di sana. Jadi Murai Batu sebagai peminatnya ni memang mengikutilah laman sosialnya yang memang sangat aktif itu.

Hari ini, Shila Amzah telah berkogsi gambar di Instagram dan memberitahu sedang meninggu fligt untuk pulang ke Malaysia dan beraya di sini. Wah nampkanya sesibuk mana pun Shila di sana dia tetap mahu pulang beraya bersama keluarga. Baguslah begitu. – Murai

Pulut Kuning & Baju Sedondon Pilihan Lisa

Lisa Surihani


Pulut Kuning & Baju Sedondon Pilihan Lisa


PETALING JAYA – Pelakon Lisa Surihani memberitahu setiap kali tibanya Syawal, makanan utama yang menjadi pilihan sejak sekian lama keluarganya adalah pulut kuning dan rendang ayam.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 27, berkata, makanan tersebut merupakan makanan kegemaran arwah bapanya setiap pagi Hari Raya.

“Kebiasaannya selepas sembahyang raya kami sekeluarga akan menjamu selera dan menu wajib kami adalah pulut kuning dan juga rendang ayam.

“Ia sebenarnya adalah makanan kegemaran arwah ayah dan sehingga kini menjadi tradisi keluarga, secara tidak langsung mengingatkan kami sekeluarga kepadanya,” kata Lisa.

Dalam pada itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, duta kepada rangkaian jenama pakaian Jovian Mandagie ini berkata, dia telah menyediakan tiga pasang baju raya sedondon dengan suaminya.

Lisa berkata, tiga pasang baju kurung dan baju Melayu telah disediakan mengikut tiga warna tema tahun ini.

“Lisa sudah sediakan tiga set baju sedondon untuk digayakan pada Hari Raya nanti.Tahun ini Lisa pilih warna biru kelabu, merah jambu cair dan yang ketiga pula Lisa akan pakai baju yang telah disediakan Jovian Mandagie.

Dalam pada itu, Lisa bercuti selama dua minggu bagi menghabiskan masa bersama keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak.

“Pada tahun ini Lisa dan Yusry akan beraya di KL sahaja kerana kami tinggi di sini tetapi untuk raya ketiga saya akan ikut suami ke kampung halamannya untuk bertemu dengan opah iaitu nenek Yusry di Gopeng, Perak,” ujarnya. - mStar Online

Rita Rudaini Luah Kesedihan Di Instagram

Rita Rudaini


Rita Rudaini Luah Kesedihan Di Instagram


Siapa yang tidak sedih apabila diceraikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun, sudah ketentuan Ilahi, Rita Rudaini terpaksa tabah dan redha dengan keputusan suaminya, Aidil Zafuan yang telah melafazkan cerai talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Ahad lalu.

Rita berkongsi luahan perasaan sedihnya mengenai penceraiannya itu dengan memuat naik status di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Rita Rudaini1



Rita Rudaini2


Untuk makluman, pasangan ini bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan hasil perkahwinan Rita dengan pemain bola sepak kebangsaan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Semoga Rita sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan dugaan yang menimpanya itu.

Monday, August 5, 2013

Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Beraksi

LIZA HANIM


Liza Hanim Rindu Untuk Kembali Beraksi


PETALING JAYA – Penyanyi Liza Hanim mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas nyanyian seperti pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2000.

Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, 34, bagaimanapun berkata, dia tidak boleh kembali aktif dalam masa terdekat ini memandangkan masih lagi menjaga anak bongsunya Mohamed Salahuddin yang berusia setahun.

“Memang saya rindu sangat untuk rakam lagu dan kemudian bernyanyi di pentas seperti ketika di awal kemunculan saya dulu-dulu. tetapi bukan untuk masa terdekat ini kerana anak masih lagi kecil.

“Lebih-lebih lagi saya perlu menguruskan syarikat produksi saya, LH Media Sdn Bhd yang banyak terlibat dengan projek pengiklanan membuatkan masa saya sangat terhad,” katanya.

Bagaimanapun tambah Liza yang pernah popular dengan lagu Getaran Cinta Di Jiwa itu, dia tetap akan muncul sekurang-kurangnya sebuah single lagu terbaharu apabila anak bongsunya itu sudah besar.

Dalam pada itu, Liza juga risau untuk membuat kemunculan semula memandangkan dia terlalu lama menyepi selain cita rasa peredaran muzik juga berubah.

“Diakui, jika hendak buat kemunculan semula, ia memerlukan perancangan yang sangat rapi kerana bukan mudah untuk melakukan semua itu selepas lama menyepi.

“Apalagi cita rasa muzik berubah-ubah, jika mahu menyanyi semula, saya perlu mengikut ‘trend’ terkini, seiring dengan keinginan pendengar sekarang,” ujarnya.

Selain Mohamed, Liza yang merupakan isteri kepada bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Shah turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 10, and Marsya Qaireen, 4. - mStar Online
Related Posts with Thumbnails