Setelah lama membiarkan dirinya diselubungi misteri, akhirnya Ayu OIAM memunculkan dirinya dan membuat pengakuan tentang perkahwinannya dengan seorang duda. Dekat setahun jugak Ayu menyepikan dirinya disebabkan kontroversi nie.
Sebelum ini hangat diceritakan yang Ayu dah termengandung sebelum nikah, tapi Ayu menafikan gosip-gosip tersebut. Jujur atau tidak pengakuan tersebut, hanya Ayu OIAM sahaja yang tahu. Apa yang penting sekarang dah dapat anak maka silalah jaga elok-elok.
Quote:Ya, saya menghilang selama ini kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan anak yang masih kecil. Saya minta maaf kerana tidak memberitahu tentang perkahwinan saya pada Januari tahun lalu atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Kini saya bahagia bersama suami iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin bersama anak kami, Syed Nashrul Haikal. Saya juga sudah bersedia untuk kembali aktif sebagai penyanyi.
Syed Nashrul Haikal. Saya juga sudah bersedia untuk kembali aktif sebagai penyanyi.
Baguslah sebab bercuti nak jaga anak. Anak-anak masa kecik nielah perlukan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Terharu kami melihat kesanggupan Ayu OIAM untuk meninggalkan dunia glamer demi menjaga anak dia. Bukan senang nak buat macam tue.
Quote:Spekulasi tentang saya hamil sebelum berkahwin itu tidak benar, saya telah berkahwin dahulu sebelum melahirkan anak. Kami berkahwin secara sederhana di Kuala Kangsar. Ketika majlis tersebut saya turut ditemani oleh bapa saya. Mulut orang kita tidak boleh tutup, jika orang masih ingin berkata tentang saya, biarlah. Saya hanya ingin minta maaf kepada peminat dan pihak pengurusan kerana menghilang selama ini.
Hmmm. Sepatutnya cakap kami telah berkahwin dulu sebelum mengandung. Baru tak ada keluar spekulasi lain yang bukan-bukan. Apa-apa pun tahniah kepada AYU OIAM yang dah bergelar ibu. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
INFO : Beautifulnara.com
1 comments:
haiz...artist artit ^^"
Post a Comment