Saturday, May 29, 2010

5 Cara Mudah Kurangkan Tekanan Kerja

Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan.

Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja.

Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan

dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.

Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu

berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai

pelbagai ragam dan karenah.

Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan
terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa

merelakannya walaupun di dalam hati hanya

Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda.

Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk

anda mengurangkan tekanan di tempat kerja.

Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya,

namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk

menghadapi hari yang panjang.

1. Cuci muka
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan.

Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas

untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti

mampu memberikan anda kesegaran baru.
Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat
beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan
senyuman di bibir anda.

2. Membaca kisah lucu
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan

melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini.

Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek,

ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian,

sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja

yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan

melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung

pekerjaan yang sedang diusahakan.

3. Berbual dengan rakan
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan.

Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu

berbual dengan rakan rapat sahaja.

Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi.

Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat



menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar

fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza.

Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.

4. Ke kafetaria
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria.
Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong.

Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh

menambahkan lagi tekanan yang dialami.

Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.

5. Berjalan seketika
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda.

Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan.

Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja,

ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan.

Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu

dengan seseorang yang mampu membantu anda.

Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan

mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails