Monday, May 31, 2010

Shaq & Mas Idayu Sudah Tidak Sebumbung



Sebelum ini semua pihak sedia maklum bahawa Mas Idayu dan protegenya,

Shaq duduk serumah semata-mata untuk memastikan kesihatan

Shaq berada pada tahap yang memuaskan.

Namun berkesempatan bertemu dengan Shaq baru-baru ini,

dia mengakui sudah tidak lagi duduk sebumbung dengan

penyanyi yang terkenal dengan lagu

"Selangit" dan "Senggol-Senggolan" itu. Menurut Shaq, ini bukan disebabkan masalah salah faham seperti yang diperkatakan oleh segelintir pihak.

“Saya akui selama dua minggu terawal saya memang

tinggal bersama-sama dengan Mummy (Mas Idayu)

kerana tahap kesihatan saya yang tidak memuaskan.

Mummy sangat mengambil berat

tentang kesihatan saya dan jasa-jasa yang dicurahkan kepada

saya memang tidak mampu saya balas sampai bila-bila.

"Cuma kini kesihatan saya sudah semakin memuaskan

dan saya tinggal bersama-sama rakan-rakan protégé lain

di Hotel Quality, Shah Alam.

Saya berpindah memang tiada kena-mengena

dengan isu saya kena marah dengan Mummy,” ujar

Shaq menjelaskan perkara sebenar.

Tambahnya, mengenai khabar angin yang mengatakan hubungannya

dengan Mas Idayu yang dikatakan berantakan sejak insiden

dia tidak mampu memberikan persembahan yang baik

semasa konsert Mentor pusingan kedua minggu lepas, sekaligus

mengundang kemarahan Mas Idayu, langsung tidak benar sama sekali.

“Hubungan kami masih baik seperti dulu. Cuma saya akui mungkin

Mummy sedikit berkecil hati dengan saya yang gagal menjalankan

tanggungjawab yang diberikan dengan baik. Kalau saya berada di

tempatnya, saya juga akan merasakan perkara yang sama.

"Namun saya anggap segala teguran dan kemarahan Mummy

kepada saya sebagai perkara positif dan ianya memberikan

saya pengajaran supaya

lebih serius selepas ini. Sesi latihan masih berjalan seperti biasa

dan saya yakin Mummy punya perancangan untuk meningkatkan

lagi kualiti persembahan saya,

” katanya yang berjanji untuk memberikan persembahan yang

lebih baik selepas ini.

Tertekan untuk mengulangi kejayaan Black
Diusik dengan persoalan sama ada dia tertekan menjadi protege Mas Idayu,

Shaq tidak teragak-agak mengakuinya.

Namun dia bukan tertekan kerana selalu dimarahi oleh Mas Idayu,

sebaliknya harapan peminat Mas Idayu yang mahu dia mencipta kejayaan sepertimana Black sebelum ini.

“Sedikit sebanyak perkara tersebut memang memberikan tekanan kepada saya. Cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya.

Apa yang saya lakukan sekarang ialah fokus dengan 'Mentor 4' dan

berusaha untuk memberikan persembahan terbaik kepada para

peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada saya selama ini.

"Selain itu, saya tahu kalah atau menang memang adat

pertandingan dan semua protege serta mentor yang

terlibat mahukan kejayaan. Oleh sebab itu,

saya berharap peminat akan terus memberikan sokongan

kepada saya,’ jelas Shaq yang berkebolehan menyanyikan lagu-lagu

dikir barat dengan baik.

Mengenai dirinya yang semakin dikenali, Shaq menganggap

perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal apabila

menyertai pertandingan realiti televisyen. Katanya dia

menyertai 'Mentor' bukan untuk meraih populariti,

sebaliknya mahu menimba ilmu daripada

mentornya yang berpengalaman luas dalam bidang nyanyian.

Namun dia berterima kasih kepada para peminat yang mula

mengenali dan meminatinya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails