Friday, June 25, 2010

Maya Karin & Suami Hadir Di Mahkamah Syariah



Kisah Penceraian Maya Karin

Sebelum ada yang menyangka ini mesti kes Maya Karin dan suami, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali nak menuntut cerai, dari berita yang disampaikan kepada SP, kehadiran mereka kononnya untuk mendaftar dan mengesahkan perkahwinan mereka yang telah berlangsung pada 14 Ogos 2008.

Seperti ramai yang sedia maklum, sejak pengakuan Maya tentang kesahihan khabar angin yang mengatakan rumahtangga yang dibina kurang dua tahun lalu sedang bergolak, ramai yang tertanya jika pergolakan tersebut akan berakhir dengan perceraian atau mampukah Maya menyelamatkan perkahwinannya.

Walaupun puas diasak para media, baik Maya atau peguamnya dan Steven, semuanya mengunci mulut mereka kepada tujuan sebenar kehadiran mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur petang tadi.

Maya menolak dari memberi sebarang komen kerana katanya, bimbang jika kenyataannya akan mengundang salah faham. Steven pula hanya memberitahu tiadanya penceraian yang berlaku saat ditanya jika mereka disana untuk menuntut cerai.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails