Friday, June 18, 2010

Memey: Kalau Norman Sanggup Tunggu Saya



Ingat lagi kenyataan Norman Hakim kira-kira dua minggu lalu kepada Harian Metro tentang perancangannya untuk memperisterikan Memey Suhaiza?

Dalam arktikel tersebut, duda anak tiga ini mendedahkan bahawa dia dan Memey merancang untuk melangsungkan perkahwinan mereka dalam masa terdekat ini. Katanya, setiap hari dia berdoa agar jodoh mereka dipanjangkan sehingga ke jinjang pelamin.

Ketika itu, SP sempat lagi menyuarakan keraguan SP jika benar Memey sudah bersetuju menamatkan zaman solonya. Kerana setiap kali bila diutarakan persoalan tersebut kepadanya, jawapan yang diberikan kepada SP memang konsisten - dia masih terlalu muda dan ingin difokus pada kerjayanya dulu.

Dan begitulah respon pelakon 'Roda-Roda Kuala Lumpur' itu kepada Harian Metro hari ini - 'Mahu dikenali kerana bakat, bukan kontroversi'.

Jelas aktres berusia 22 tahun itu, banyak lagi impiannya yang belum dicapai. Atas sebab itu, dia merasakan ada baiknya jika difokus pada kerjayanya sebelum memikirkan soal kahwin. Tambahnya lagi, hasrat tersebut sudah disampaikan kepada bekas suami Abby Abadi itu dan katanya, Norman, 34, memang memahami.

Bagaimanapun, Memey ada juga memberitahu yang dia akan berkahwin jua dengan Norman, "kalau ada jodoh" dan "itupun kalau dia sanggup tunggu saya."

"Saya terima diri Norman seadanya. Maklumlah, saya sudah kenal dia selepas dia ada anak dengan Abby. Memang saya rapat dengan tiga anak Norman. Mereka juga panggil saya 'Mummy' setiap kali kami bertemu," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails