Sunday, June 20, 2010

Tiz Terkejut Dikaitkan Dengan Jejai

Kontroversi membabitkan pelakon Tiz Zaqyah dengan pelakon Fasha Sandha nampaknya masih belum reda lagi. Diimbas kembali, kontroversi membabitkan dua artis jelita ini mula tercetus apabila Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan telah meluahkan perasaan tidak puas hatinya di Twitter terhadap seorang ‘perempuan’ yang kononnya telah menelefon dan mengajak kekasihnya keluar pada jam 4 pagi.

Walaupun Fasha tidak menyatakan nama ‘perempuan’ terbabit, namun ramai yang dapat menggagak ‘perempuan’ yang dimaksudkan itu adalah Tiz. Ketika ditemui baru-baru ini di majlis doa selamat filem ‘Nur Kasih’, Tiz atau nama sebenarnya Tiz Zaqyah Abdul Razak menafikan sekeras-kerasnya bahawa perempuan yang dimaksudkan itu adalah dia.

“Kontroversi ini tidak ada kena mengena dengan Tiz. Secara peribadi, Tiz tak berapa kenal Jejai. Nombor telefon Jejai pun Tiz tak ada. Tiz tak buat apa-apa tapi tiba-tiba saja keluar cerita macam ini. Tiz terkejut bila nama Tiz dikaitkan, tapi Tiz tak ambil kisah.

“Orang pertama yang memberitahu tentang perkara ini ialah keluarga Tiz dan kemudian rakan-rakan Tiz. Mereka semua tanya apa sebenarnya berlaku. Mereka semua gelak sebab mereka semua tahu perkara sebenar.

“Mula-mula ‘stress’ jugalah, tapi lama-lama selepas tu Tiz buang semua benda ini. Tiz pandang depan, tak pandang ke belakang. Banyak lagi benda kat dunia ni yang Tiz nak kena fokus dari gosip-gosip macam ni. Tiz fikir positif saja. Tiz orang yang jenis ‘go with the flow’.”

Tiz nak jumpa Fasha
Apa yang agak mengejutkan, melalui laman Twitternya, Fasha turut memberitahu, perempuan yang cuba menggoda kekasihnya itu turut pernah menganggu kekasih Almy Nadia iaitu Fizz Fairuz.

“Tiz memang kawan dengan semua orang. Mungkin ada orang yang salah sangka,” ujarnya yang menganggap spekulasi yang timbul itu adalah salah faham yang cuba ditimbulkan oleh segelintir pihak.

Tambah Tiz lagi, gosip ini sedikit sebanyak memberi tempias kepada karier lakonannya. Ketika ditemubual, Tiz turut mengakui berkawan rapat dengan Fasha dan pernah keluar beramai-ramai dengan Fasha dan Jejai sebelum ini. Dan sebagai kawan, dia ingin berjumpa dengan Fasha untuk bertanyakan tentang hal ini.

“Memang Tiz betul-betul nak tahu dari Fasha sendiri tentang hal ini. Kalau ada kesempatan, InsyaAllah, Tiz akan jumpa dia. Buat masa ini, dia tengah sibuk ‘shooting’ drama ‘Duyung’, jadi Tiz tak sempat nak ‘call’ dia lagi. Apa yang Tiz boleh beritahu di sini, hubungan Tiz dengan Fasha okay.”

Teruja berlakon filem 'Nur Kasih'
Tidak dinafikan nama Tiz mula melonjak naik menerusi drama bersiri, ‘Nur Kasih’. Umum mengetahui, atas sambutan yang menggalakkan, drama yang mencetuskan fenomena ini kini bakal difilemkan. Memegang watak Nur Amina, Tiz kini berdebar menanti filem sulung lakonannya.

“Saya rasa gementar, takut, teruja dan bersyukur sangat-sangat sebab ini kali pertama saya berlakon dalam filem. Saya tak janjikan apa-apa, cuma saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan harap menerima respon yang baik.”

Filem ‘Nur Kasih’ arahan Kabir Bhatia dan penulis skrip, Mira Mustaffa akan memulakan penggambaran pada 20 Jun ini di Kuala Lumpur, Kuala Selangor dan Jordan. Menurut Tiz lagi, filem ini lebih banyak konflik serta menyentuh perasaan berbanding dramanya sebelum ini.


Baca Artikel Sebelum Ini : Tiz PERAMPAS? ATAU PENGGODA?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails