Thursday, July 1, 2010

Fasha 'Declare' Jejai Teman Lelakinya



(Gambar: Fasha dengan cincin yang dihadiahkan Jejai)


Menerima Jejai seadanya


"Saya mengakui sudah mempunyai teman lelaki. Saya bersedia untuk 'declare' sebab sudah sampai waktunya. Saya sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman istimewa dalam hidup saya. Sebelum ini kalau saya tak cakap pun, orang akan cakap ya. Saya tak nak sorok. Lepas ini, dia pun tak payah nak 'cover line' untuk tunjukkan yang dia cintakan saya. Dia merupakan 'boyfriend' saya yang serius selepas Sharil.

"Saya tak nafikan, mesti ada yang tak suka tapi saya tak boleh puaskan hati semua orang. Tapi nampaknya peminat di 'fanclub' saya boleh terima (perhubungan kami)," umum Fasha Sandha kepada para wartawan yang telah hadir petang tadi untuk majlis beramah mesra dengan barisan pelakon drama 'Duyung Aridinata', tayangan TV3 di slot Lagenda bermula 12 Julai depan, jam 4.30 petang.

Turut dikongsi aktres berusia 26 tahun ini, "Saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Saya sudah mula sibuk dengan kerja. Para pengarah pun memberi peluang kepada saya walaupun mereka tahu cerita (kontroversi) saya. Saya pun sudah rasa rileks, takde 'stress', jadi sudah tiba masanya di mana saya boleh mengaku (perhubungan kami).

"Kami pun dah lama kenal, sejak tujuh tahun lalu. Kami berkawan rapat tetapi selepas dia datang melawat saya di set (penggambaran 'Duyung Aridinata'). Di situ kami membuat keputusan untuk mengumumkan perhubungan kami secara rasmi. Dulu kami masih dalam proses berkawan, masih kenal hati budi, tak pasti lagi. Bila anda dah lama mengenali seseorang itu, lama-lama kita akan sayang pada dia."

Begitulah kenyataan daripada Fasha tentang status perhubungannya dengan Jejai atau nama penuhnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Rasanya, tiada sesiapa pun yang terkejut dengan pengakuan tersebut kerana perhubungan mereka berdua sudah lama diketahui. Cuma sebelum ini Fasha tegas menafikan wujudnya apa-apa perhubungan istimewa di antara dirinya dan bekas suami Nora Danish itu.

"Keluarga kami dah tahu tentang perhubungan kami. Mengenai penerimaan keluarga, itu terpulang. Mereka suka, tak suka, kami tak fikirkan. Kami pun tak pernah bincang. Sebab bukannya kami nak kahwin. Kami berkawan rapat je. "

Cincin dari Jejai, tanda dia teman lelaki Fasha

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails