Satu ketika dulu, pemilik nama Rosnah Mat Aris pernah mencetuskan kontroversi apabila telah menghina isteri Nabi dalam salah sebuah program bual bicara tempatan.
Akibat dari kontroversi yang tercetus, Rosnah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros telah di 'gam'.
Selepas agak sekian lama menyepi dalam industri hiburan tanah air, Kak Ros akhirnya muncul dengan filem terbaru berjudul ‘4 Madu’ arahan Profesor A. Razak Mohaideen.
Untuk makluman, ‘4 Madu’ telah pun memasuki pawagam pada hari pertama Aidilfitri yang lalu. Dalam filem ini, Kak Ros memegang watak sebagai anak dara tua yang sengau.
Ini merupakan satu pengalaman baru buat Kak Ros apabila pertama kali membawa watak sebagai seorang yang sengau sepanjang dia berkecimpung dalam dunia lakonan.
Namun, jauh di sudut hati Kak Ros, timbul kerisauan andai kata lakonannya itu disalahtafsir serta dianggap menghina golongan tersebut.
“Masa mula-mula Prof tawarkan watak ini, Kak Ros tak nak sebab masa itu Kak Ros ada dekat Kedah. Lagipun, jika Kak Ros menerima tawaran ini, risau pula nanti ada pula yang menganggap Kak Ros menghina atau mempersendakan golongan-golongan ini.
“Namun, akhirnya Kak Ros terima juga sebab Kak Ros rasa watak sengau adalah satu watak yang istimewa. Walaupun membawa watak ini, ia tak bermaksud Kak Ros menghina atau mencaci kaum-kaum ini,”kata Kak Ros sambil mengakui banyak bercampur dengan golongan-golongan seperti ini.
“Kak Ros harap, masyarakat boleh terima ia sebagai lakonan semata-mata. Apa yang Kak Ros cuba nak sampaikan, walaupun seseorang itu sengau, mereka juga ada kecantikan dan budi bahasa yang Allah bagi. Jadi, mereka tak perlu nak rasa rendah diri,”ujarnya yang membawa watak sebagai Suriati dalam filem ini.
0 comments:
Post a Comment