Friday, September 17, 2010

Siti Nurhaliza Hamil Hanya Khabar Angin

Siti Nurhaliza



Konsert Datuk Siti Nurhaliza sempena Hari Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Pulau Pinang terpaksa dibatalkan ekoran nasihat doktor yang sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil.

Konsert anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu sepatutnya berlangsung pada 25 September di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

Perkara tersebut diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam satu sidang media ringkas hari ini.

Menurutnya, pihak penganjur telah pun menerima salinan surat doktor pakar dari Pusat Perubatan Prince Court Rabu lalu.

Namun, Suarapeople difahamkan oleh pihak pengurusan Siti Nurhaliza Productions, ia hanyalah spekulasi dan menyifatkan berita kehamilan itu sebagai satu khabar angin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails