Monday, October 4, 2010

Harga Rokok Naik Lagi

PETALING JAYA: Mulai Isnin ini, harga rokok dijangka meningkat sebanyak 70 sen bagi satu pek 20 batang rokok.

Menurut laporan media berbahasa Cina, semua pek 20 batang rokok yang dijual pada harga RM9.30 sekarang, akan berharga RM10 satu pek.

Menurut sumber, kenaikan harga sebanyak 70 sen itu ialah salah satu kenaikan harga tertinggi untuk rokok. Sebelum ini, kenaikan harga rokok adalah antara 10 sen hingga 30 sen.

Pek rokok bergred tinggi dijangka berharga RM14.

Sumber menjangkakan kenaikan harga itu akan menyebabkan jualan rokok menurun sebanyak 10 peratus.



mstars!






Hai...nasib korang la wahai perokok2 tegar..harga terkini rokok nek lagi.sekotak dalam rm10 kot. Harga Rokok Naik Lagi ahhh, kerajaan dah wat kempen korang xnak benti...siap da gmbar2 yg mengerikan lg..ish3..nasib badan ar...leh mkn shari wo harga skotak rkok skang...wat student2 benti la....bek simpan kat ASNB lg bgus..x pun simpan je kat skim simpanan pelajaran nasional lg bgus...
Tapi x leh nak wat pe gak,kan..sbb ni tabiat..klo dah prokok 2...x leh wat pe dah pun..kan??

Tips dari gue kalau lo mau berhenti merokok. Pertama, fahami benar bahawa merokok sangat merugikan diri sendiri dan membahayakan kesehatan banyak orang. Kedua, kuatkan tekad untuk berhenti merokok (kalau saya dulu mulai berhenti pada bulan puasa, karena memang bulan puasa adalah momen yang sangat bagus). Ketiga, isi waktu dengan kegiatan yang positif. Begitu muncul keinginan untuk merokok segera alihkan pada aktiviti yang bermamfaat. Keempat, hindari berteman dengan perokok. Kelima, beranilah untuk meminta orang yang berada di dekatmu untuk mematikan rokok, tentu dengan sopan. Okey deh, mulai sekarang kita sepakat untuk jauhi rokok ya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails