Antara syarat yang ditetapkan along terbabit antaranya
pinjaman itu terbuka kepada kakitangan awam, badan berkanun atau swasta, proses pinjaman adalah melalui bank serta kemudahan pinjaman sehingga RM250,000.Lebih menarik, mereka yang disenarai hitamkan bank turut layak membuat pinjaman.Panggilan dilakukan Metroplus bagaikan dapat dihidu berikutan seorang lelaki dipercayai konco along terbabit yang menjawab pertanyaan meletakkan telefon selepas musykil dengan soalan yang banyak diajukan.
Tinjauan mendapati, iklan haram yang ditampal pada pokok itu dilekat menggunakan kertas berwarna kuning yang ditutupi plastik dan tertera nombor telefon bimbit along terbabit. Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Yazit, 39, berkata bandar Sungai Buloh tidak terlepas menjadi mangsa pemasang iklan haram sehingga mencacatkan pemandangan kawasan berkenaan.
“Mereka bertopengkan sistem pinjaman Islamik supaya dapat mengaburi mata pelanggan dan mungkin juga pihak berkuasa. Banyak iklan pinjaman wang haram ini sudah luntur dakwatnya dan hampir terkoyak.
Sumber
hmetro
suarapeople : alah daripada duk tampal kt pokok,meh beriklan dengan suarapeople :)
4 comments:
uik.along ni bahaya ke tak ni huhuh
Wah.. along pun dah pandai buat sistem pinjaman Islamik yer
keh keh keh... xleh blah.
mcm2 tektik ada ek skang.cisss! haha!
Post a Comment