Sunday, February 20, 2011

Azizol Dilahirkan Tanpa Telinga ?

Azizol dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.


Suatu hari Azizol mahu mengambil kerani baru dan tiga orang telah disenarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Azizol bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan Azizol tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Azizol mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah



seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun.
Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Azizol bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya ...saya heran bagaimana tuan Azizol boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga seksi dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Azizol bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab wanita itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Azizol gembira dengan jawapan wanita itu. Dia hairan kerana wanita itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu?" tanya Azizol lagi.

Wanita itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?".

Azizol pun tensen... Last-last tak jadi ambik pekerja baru.

5 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails