Monday, March 7, 2011

Kelayakan Olimpik - Pakistan Lawan Malaysia


Perlawanan kedua antara Pakistan dan Malaysia untuk kelayakan Olimpik akan berlangsung pada 9/3/2011 ini. Perlawanan pertama di Stadium Shah Alam 24/2 lepas Skuad kendalian Ong Kim Swee ini berjaya menewaskan pakistan 2-0, satu keputusan yang rasanya tidaklah dapat dibanggakan kerana Pakistan hanya bermain dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua. Perlawanan ini penting dalam usaha malaysia meningkatkan kembali reputasi skuad Bolasepak negara. Soalnya, mampukah Malaysia menewaskan Pakistan dalam perlawanan penting dihadapan penyokong pakistan di Lahore Rabu ini?

Bekalan 2 gol yang dibawa skuad olimpik ke Lahore mungkin sudah cukup kerana Malaysia hanya perlu seri ataupun kalah dengan margin gol kurang dari 2 gol untuk layak ke pusingan seterusnya pada kelayakan olimpik ini. Bahagian pertahanan negara perlu bekerja keras untuk menahan asakan Pakistan dan kelibat Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sememangnya amat meyakinkan dalam perlawanan sebelum ini termasuklah semasa menjulang Piala AFF Suzuki.


Di bahagian gol pula, kapten pasukan, Khairul Fahmi tentunya diharap dapat sekali lagi beraksi cemerlang untuk mengelakkan gawangnya dibolosi. Bahagian serangan akan mungkin akan menyaksiakan Fakri Saarani yang akan bergandingan dengan penyerang muda Kedah, Ahmad Shakir Ali. 2 pemain yang beraksi dengan sangat baik di Shah Alam, Mahali Jasuli dan pemain tengah, K. Gurusamy juga penting dalam skuad ini dan sekiranya mereka beraksi baik, tidak mustahil Malaysia akan menang perlawanan di Lahore nanti.

Perlawanan ini akan disiarkan secara langsung oleh Astro Arena, saluran 801 pada jam 10.30 malam, 9/3/2011. Sama-samalah kita berdoa agar skuad olimpik negara akan mencapai kemenangan dan layak ke pusingan seterusnya nanti..

 

suarapeople : doakan kejayaan Malaysia

1 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails