Tuesday, October 18, 2011

Anak Muda Sekarang, Cita-Cita Tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 4 Seronok dengan seronoknya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Sadiy.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Sadiy : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Afifi :  Saya ingin jadi pemain tennis yang hebat.

Cikgu Sadiy : Bagus nanti ajarkan cikgu cara nak lempang bola tennis tu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Azizol dari meja belakang…

Cikgu Sadiy : Yer saya….

Azizol : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama jejak kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Sadiy : Saya rasa cita-cita awak tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Azizol...

Azizol : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni ****h sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga...tinggi sungguh cita-citanya

2 comments:

apaajanews said... [Reply to comment]

ni kes terkono den ni....ade 10 orang murid macam ni poning kepalo cikgu nak melayan ni ha....tak pe cikgu yang pening pening ni hujung minggu boleh rehat santai sambil makan tutti frutti...he he

suarapeople said... [Reply to comment]

@apaajanews, kadang2 murid yang mcm ni lah yg menceriakan kelas..kan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails