Wednesday, November 16, 2011

“Pasang Bodyguard Rasa Lebih Selamat” – Neelofa


Tanpa bersembunyi, Neelofa akui bahawa dia menggunakan perkhidmatan bodyguard kerana merasakan keselamatannya agak terancam. Tanpa menyebut siapakah individu yang sentiasa mengancam dirinya, pelakon utama filem Azura 2011 ini sentiasa optimis berhadapan dengan segala cabaran yang melanda dirinya.



“Pada awalnya saya memasang 2 orang bodyguard agar mereka dapat menjaga keselamatan saya. Kini, saya hanya menggunakan seorang bodyguard setelah keadaan sekeliling semakin reda,” ujar Neelofa, 22 tahun.

Neelofa turut menafikan dakwaan orang ramai mengenai pembelanjaan bodyguard itu ditaja oleh individu tertentu.

“Taklah, mana betul tu. Saya menggunakan wang hasil titik peluh sendiri untuk mengupah bodyguard, tiada siapa yang taja.”

Dalam perkembangan lain, Neelofa menjadi bintang utama dalam 4 buah filem iaitu ‘Azura 2011′, ‘Rentaz’, ‘Lemak Kampung Santan (baru habis penggambaran) dan ‘Saya Amat Mencintaimu (SAM)’.

2 comments:

Juan said... [Reply to comment]

dunia skrg dah makin bahaya dan manusia jadi kurang senang dgn persekitaran

fasha sandha insaf said... [Reply to comment]

semoga beliau selamat di dunia dan di akhirat...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails