Thursday, February 28, 2013

Shaheizy Sam Hidupkan Semula Kumpulan Rap M.O.B


Shaheizy Sam

Pelakon Shaheizy Sam, 30, bertekad untuk mengurangkan aktiviti lakonannya tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap penubuhan semula kumpulan rapnya dahulu iaitu M.O.B. wow sesuatu yang menarik...

Menurut Sam, dia bersama tiga anggota kumpulan yang lain iaitu Syed Hussein @ Sein, Shear Khan dan Haziman Ramli kini sudah pun merakam semula tiga buah lagu lama kumpulan tersebut.

"Sudah lama kami berbincang untuk aktifkan kembali kumpulan M.O.B ini tapi masa saya yang tidak mengizinkan. Jadi tahun ini saya nekad untuk kurangkan sedikit aktiviti lakonan.

"Kalau diikutkan antara nyanyian dan lakonan sudah tentu jiwa saya kuat kepada bidang nyanyian sejak dari kecil lagi," katanya .

Jelas Sam, dalam album tersebut juga nanti dia akan tampil dengan sebuah lagu duet bersama kakaknya, Zizie Ezzete iaitu Bicara Cinta.

Shaheizy Sam (dua dari kiri) pada majlis minum petang anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal pada Selasa.

Bagaimanapun Sam menafikan dia merajuk atau kian bosan dalam bidang lakonan sehingga mahu bergelar penyanyi.

"Saya tidak merajuk, cuma saya rasa sudah sampai masa untuk saya untuk kembali semula dalam industri muzik pula.

"Ini semua kerana minat yang mendalam, lagi pula saya rasa beberapa tahun ini saya sudah terlalu sibuk dengan berlakon dan kumpul duit," katanya.

Sam juga menganggap kemunculan semulanya dalam industri muzik tanah air adalah sebagai penyeri dan tidak berniat untuk bersaing dengan mana-mana kumpulan rap tanah air.

"Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi kerana projek ini hanyalah suka-suka dan sekadar melepaskan rindu saya dalam nyanyian," katanya.

Dalam pada itu, Sam bakal muncul dengan tiga buah filem pada tahun ini iaitu Kisah Paling Gengster, Dua Kalimah dan Adnan Sempit 2.

Salih Yaacob Bakal Bersara Dunia Hiburan Akibat Video Politik


Salih Yaacob Bakal Bersara Dunia Hiburan Akibat Video Politik


Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran cereka pendek di laman YouTube berjudul Bangkang dari Longkang .

Cereka pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Shila Amzah bakal tunai umrah



Shila Amzah bakal tunai umrah
Shila Amzah

Impian penyanyi, Shila Amzah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya bakal termakbul, awal Mac ini.

Berita baik ini disampaikan oleh ibu Shila, Fauziah Sarman, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Zass, semalam.

Shila dan keluarga bakal mengadakan majlis doa selamat, sekali gus sidang media bagi menjelaskan segala kekeruhan yang berlaku.

Bagaimanapun, niat murni penyanyi Patah Seribu itu untuk ke Tanah Suci bukanlah kerana kontroversi yang berlaku, sebaliknya ia sudah lama dirancang dan dimakbulkan ALLAH SWT.

Malah, bagi memastikan ibadahnya berjalan dengan lancar, Shila telah mengosongkan jadual seninya selama dua minggu.

Setelah sekian lama 'menghilangkan' diri, Shila akhirnya tampil berkongsi perkembangan dirinya kepada media dalam satu pertemuan, baru-baru ini.

Shila yang sebelum ini berdepan dengan kontroversi cinta terhalang, kini dilihat lebih positif dan enggan lagi menoleh ke belakang.

Menurut Shila, dia mahu melupakan segala kemelut yang berlaku sebelum ini. Malah menerusi Twitternya, Shila sempat membetulkan kenyataan di sebuah akhbar bahawa dia "takkan membenarkan diri dirisik buat masa ini".

“Apa yang pasti, saya mahu memandang ke depan. Dugaan yang ALLAH beri nampaknya sama besar dengan rezeki yang dikurniakan. Saya perlu lebih realistik, malah kini saya sudah nampak hikmahnya,” katanya.

Shila juga turut memaklumkan akan memberi tumpuan terhadap pembikinan album Melayu dan Mandarin sekembalinya menunaikan umrah nanti.


Zaidi Buluh Perindu Kembali Ke Rahmatullah, Al-Fatihah



Zaidi Buluh Perindu Kembali Ke Rahmatullah, Al-Fatihah


Zaidi Buluh Perindu Meninggal Dunia I Berita sedih bahawa salah seorang Tok Jogho Dikir Barat tersohor di Malaysia  yang dikenali dengan gelaran Zaidi Buluh Perindu telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini pada jam 11.00 pagi tadi di LKIM Tumpat semasa meraikan kehadiran Menteri Pertanian. Punca kematian disebabkan serangan jantung.

Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat ..

Amin Ya Rabbal A’alamin...

Lana Nordin bukan 'jual' kontroversi



Lana Nordin
Lana Nordin

Lana Nordin
Gambar Lana bersama Parvel ketika bercuti di Bali.

BIARPUN namanya sering terpalit dengan kisah-kisah panas, pelakon popular, Lana Nordin berjaya membuktikan dirinya bukan hanya dikenali menerusi kontroversi semata-mata.

Menerusi Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 34, berjaya melayakkan diri dalam Top 5, bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, menerusi filem Chow Kit.

Enggan mendabik dada dengan pencalonan itu, anak kelahiran Kuching, Sarawak, ini mengakui tidak mengharapkan apa-apa kemenangan dalam kategori tersebut.

"Pertama kali dicalonkan dalam FFM, saya memang terharu, terkejut dan bersyukur. Namun, saya akui, nama-nama lain yang turut dicalonkan jauh lebih hebat daripada saya.

"Saya sangat mengagumi mereka dan tentunya harapan untuk menang agak tipis. Pun begitu, saya bersyukur kerana tersenarai dalam kategori ini. Bagi saya, ia sudah cukup membanggakan.

"Saya berpuas hati dengan lakonan saya menerusi watak Siah. Pun begitu, saya kecewa kerana tidak semua babak dapat dipertontonkan kerana kekangan masa. Namun, ianya terubat dengan pencalonan ini," katanya yang hadir ketika majlis sidang media pengumuman tarikh FFM25, di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Selain Lana, empat pelakon hebat yang dicalonkan dalam kategori ini termasuklah Fauziah Nawi (Hoore! Hoore!), Normah Damanhuri (Songlap), Lisa Surihani (Ombak Rindu) dan Nabila Huda (Jalan Kembali).

Tak layak?

Mengakui pemilihan finalis FFM25 bukan diukur daripada populariti seseorang artis, Lana enggan memikirkan tohmahan dan kritikan yang bakal timbul ekoran pencalonan tersebut.

"Tidak perlu mempertikaikan pencalonan itu kerana individu yang dipilih bukanlah diukur daripada populariti. Lagipun, tiada unsur 'beli undi' dalam FFM kerana proses penjurian sangat dititikberatkan dan tiada undian.

"Saya akui, memang saya tak banyak berlakon filem. Namun, tak semestinya berlakon banyak-banyak, baru layak dapat pencalonan. "Walaupun hanya terlibat dalam satu atau dua filem, jika pelakon itu berjaya membuktikan kemampuan dengan sokongan filem yang bagus dan jalan cerita menarik, apa lagi mahu dipertikaikan?," katanya yang juga digelar Pamela Anderson Malaysia ekoran imej seksinya.

Selain filem Chow Kit, Lana juga pernah membintangi filem arahan Afdlin Shauki, Pontinak vs Orang Minyak dan beberapa drama termasuk Gol & Gincu, Astana Idaman 3, Dunia Baru, Mendung Berarak Kelabu, Impian Itu Milik Kita, Kamasutra, Akademi

Cinta, Puteri, Cebisan Duka, Aku Juga Perlu Cinta, Kaizer, dan Tidurlah Permaisuri.

Ditemani kekasih

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya bersama model kelahiran Republik Czech, Parvel Michalec, 24, kehadiran Lana di sidang media FFM25 turut ditemani kekasihnya itu.

Bertanya mengenai tahap hubungannya, Lana mengakui mereka kini dalam proses mengenali antara satu sama lain.

Malah, kata Lana, ruang yang ada ketika ini digunakan untuk memperkenalkan budaya dan cara orang Melayu kepada Parvel.

"Insya-ALLAH, saya akan ke Czech pada Julai atau Ogos ini. Saya ingin bertemu dengan keluarganya di sana kerana Parvel melakukan perkara yang sama di sini.

"Saya telah membawanya berjumpa keluarga saya dan membawa ke set untuk melihat cara kerja saya. Lagipun, keluarga saya menerima Parvel dengan baik.

"Pun begitu, kami masih belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini. Biarlah dia (Parvel) memahami budaya dan agama Islam terlebih dahulu," katanya yang baru sahaja pulang bercuti di Bali bersama Parvel dan lima rakannya yang lain.

Lana dan Parvel yang menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu turut berhadapan dengan kontroversi hebat apabila gambar berbikini ketika percutian mereka pada tahun lalu tersebar.

Mengakui lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya, Lana tidak mahu perkara yang sama berlaku lagi pada dirinya.

"Cukuplah, saya tidak mahu ia berulang lagi. Kini, saya lebih berhati-hati dalam segala perkara," katanya.


Pengikut Twitter Lisa Surihani, Zizan & Aaron Lebih 1 Juta


Lisa Surihani

Tiga pelakon popular berjaya mengekalkan pengaruh menerusi laman sosial Twitter masing-masing apabila kekal dengan jumlah pengikut teramai iaitu melebihi sejuta orang.

Pemantauan yang dibuat sehingga pukul 2 petang pada Rabu mendapati pelakon Lisa Surihani yang sebelum ini berada pada tempat teratas mengekalkan kedudukannya apabila mencatatkan 1.17 juta pengikut.

Lisa menggunakan nama @LisaSurihani menerusi akaunnya.

Pelawak Zizan Razak menerusi akaun @zizanrajalawak pula berada pada kedudukan kedua dengan jumlah pengikutnya seramai 1.12 juta sementara bintang dari Singapura iaitu Aaron Aziz berada pada kedudukan ketiga.

Aaron menerusi akaun @Aaron535Aziz mempunyai pengikut seramai 1.01 juta.

Pelakon Shaheizy Sam pula menduduki tempat keempat dengan 898,775 pengikut manakala Datuk Siti Nurhaliza berada pada kedudukan kelima seramai 827,633.

Bagaimanapun jumlah pengikut itu masih belum berjaya memintas pengikut Twitter Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu seramai 1.3 juta.
Zizan Razak

Sementara itu mengulas mengenai kedudukannya yang berada pada tangga teratas Lisa, 26, berkata pada awalnya, dia membuka akaun Twitter adalah sekadar suka-suka seperti pengguna Twitter lain.

Namun, maklum balas positif membuatkannya lebih aktif dalam berkongsi maklumat dan kegiatan harian kepada pengikut Twitter.

"Saya mula buka akaun Twitter pada 2009, namun ketika itu tidak pernah terfikir untuk menulis dan berkongsi semua aktiviti saya kepada umum.

"Saya juga tidak menjangkakan mendapat lebih sejuta followers seperti hari ini," ujarnya.

Jelas Lisa, Twitter menjadi salah satu medium komunikasi antara dia dengan peminat-peminatnya secara tidak langsung.

"Saya memang ada satu sesi menjawab soalan peminat, di mana dalam sehari saya akan luangkan sedikit masa untuk menjawab soalan-soalan daripada followers," katanya.

Lisa yang mengakui kepentingan media sosial ini mengakui aktif dengan dunia media sosial seperti Facebook, Twitter dan kini Instagram.

"Ketika awal menjadi pelakon saya aktif dengan Fan Page Facebook dengan menghantar video-video terkini yang saya rakam khas untuk peminat.

"Kini dunia media sosial sibuk dengan Instagram pula, yang mana peminat lebih suka melihat gambar-gambar terbaru kita," katanya.

Aaron Aziz

Sementara itu, Zizan Razak, 29, juga menganggap Twitter sebagai cara dia mendekati peminat-peminatnya.

"Jika saya ada masa terluang memang saya akan bertanya khabar dan berborak dengan pengikut-pengikut di Twitter.

"Dari situ juga kita boleh tahu tahap penerimaan dan pandangan mereka terhadap kita, sebab di Twitter mereka akan cakap terus sama ada suka atau tidak," katanya.

Ujar Zizan, Twitter juga boleh menjadi salah satu medium untuk dia mempromosi sesuatu filem atau aktiviti dilakukannya kepada peminat.

"Peminat lebih mudah untuk mengikuti perkembangan saya dari semasa ke semasa, namun begitu apa yang saya perhatikan mereka lebih suka jika saya tulis perkara-perkara yang saya sedang hadapi. Contohnya seperti mengeluh tentang jalan sesak," katanya.

Aaron Aziz tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana berada di luar negara.

Berikut ini senarai 11 pengikut teramai Twitter artis sehingga 2 petang, 27 Februari 2013.

1. Lisa Surihani – 1,179,061

2. Zizan Razak – 1,126,768

3. Aaron Aziz – 1,014,085

4. Shaheizy Sam – 898,775

5. Datuk Siti Nurhaliza – 827,633

6. Datuk Aznil Nawawi – 695,164

7. Wardina Safiyyah – 659,164

8. Nora Danish – 623,634

9. Irma Hasmie – 601,742

10. Neelofa - 600,768

11. Fazura – 553,286

Gambar: Seri Wajah Mengandung D.Danielle

Gambar: Seri Wajah Mengandung Diana Danielle


Gambar: Seri Wajah Mengandung D.Danielle


Pelakon kacukan Melayu-Amerika Syarikat, Diana Danielle yang kini menyambung pelajaran di Sydney, Australia kelihatan semakin ceria di sana.

Isteri kepada Farid Kamil itu kini sedang mengandung 3 bulan selepas mendirikan rumahtangga pada 3 November lalu.

Makin berseri-seri kan wajah Diana.

Itulah penangan orang mengandung, semakin hari semakin berseri wajahnya walaupun tanpa mengenakan secalit solekan pun.

Jaga baik-baik kandungan itu ya Diana.

Semoga bayi yang bakal dilahirkannya nanti sihat dan comel seperti kedua ibu bapanya.

DIANA


DIANA1


DIANA2


DIANA3


DIANA4


DIANA6


DIANA7


DIANA8


sumber : myartis

Orang Tanya Dah Tahu Pasal ‘Ehem Ehem’, You All Lambat – YUNA

Orang Tanya Dah Tahu Pasal 'Ehem Ehem', You All Dah Lambat - YUNA


Orang Tanya Dah Tahu Pasal ‘Ehem Ehem’, You All Lambat – YUNA


Susulan laporan pengacara dan pelakon, Qi Razali yang mengakui dalam proses mengenali Nelydia Senrose dengan lebih dekat, pelakon drama bersiri ‘Setia Hujung Nyawa’ ini turut tidak menafikan hal tersebut.

“Saya selesa berkawan dengan Qi. Kami sudah lama kenal dan rapat ketika penggambaran drama, tahun lalu.

“Qi suka bercakap mengenai masa depannya, sikap itu membuatkan saya lebih senang untuk berbincang bersamanya. Namun, hubungan kami jangan disalah tafsir kerana kami hanya berkawan.

“Tetapi jika ditakdirkan jodoh saya dengannya, saya tidak boleh menolak perkara itu,” ujar Nelydia yang dipetik daripada Sinar Harian Online.

Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu.

Berikut MH Online kongsikan status yang dimuat naik Yuna.

Dalam perkembangan berkaitan, Yuna menerusi status di akaun Twitternya yang bertarikh 4 Februari lepas seakan-akan mengiyakan hubungan bekas kekasihnya itu.   Berikut MH Online kongsikan status yang dimuat naik Yuna.

Wednesday, February 27, 2013

Gambar Comel Nadiya Nisaa Dan Anaknya

NADIA1


Gambar Comel Nadiya Nisaa Dan Anaknya


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon berbakat besar ini.

Selepas kejayaan drama bersiri Adam dan Hawa, nama heroinnya iaitu Nadia Nisaa terus meniti di bibir-bibir peminat hiburan tempatan.

Nadiya, 28, sudah berkahwin dengan Saiful Razman Mohd Kassim pada 2010 dan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Omar.

Di bawah ini merupakan gambar-gambar mesra di antara aktress tersebut bersama buah hati pengarang jantungnya itu.

Nampak sihat dan comel anaknya.  Semoga Omar membesar dengan baik dan ceria selalu!

NADIA1


NADIA2


NADIA3

Rahsia kecantikan Dewi Pertiwi



Dewi Pertiwi
Dewi Pertiwi

Demi memastikan penampilannya sentiasa anggun di mata peminat, penyanyi Indah Dewi Pertiwi sanggup menghabiskan masa berjoging berjam-jam lamanya.

Katanya, selain mampu memberikan bentuk badan yang menawan, ia juga memastikan tahap kesihatan dan stamina berada dalam keadaan baik.

"Saya memang selalu joging, biasanya dari pukul 7 hingga 9 pagi. Bagaimana pun, saya perlu memastikan setiap pusingan joging itu sebanyak 19 kali setiap hari.

"Pada masa sama saya juga akan pergi ke gimnasium jika ada waktu lapang," katanya bakal mengikuti konsert jelajah bersama televisyen swasta Indonesia di tiga bandar iaitu Semarang, Karawang, dan Malang nanti.


Izara Aishah Nafi Putus Cinta, Masih Setia Pada Yang Satu

Izara-Aishah-Nafi-Putus-Cinta-Masih-Setia-Dengan-Yang-Satu-ROTIKAYA

Pelakon wanita ini mendakwa beliau keliru dengan dakwaan yang tiba tiba timbul mengatakan hubungan cinta beliau dengan kekasihnya kini sudah berakhir. Kami juga, kami juga.

Izara Aishah bercakap kepada Sinar Harian hari ini menafikan beliau & kekasih yang sudah bercinta sejak tingkatan tiga kini sudah tidak lagi bersama. Apatah lagi sudah punya kekasih baru.

“Dakwaan mengatakan saya mempunyai kekasih baru tidak benar. Saya sangat terkejut dengan gosip ini. Sejujurnya saya hanya setia pada yang satu,” ujar Izara Aishah.

“Hubungan kami sangat baik dan boleh dikatakan tiada sebarang masalah antara kami berdua”

“Percintaan kami sejak dari zaman persekolahan tak mungkin saya akan menduakannya, bagi saya dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka,” tambahnya lagi.

Namun apabia di’tanya tentang perkahwinan, Izara Aishah berkata memang hubungan mereka serius tetapi masih belum memikirkan sebarang perancangan untuk mendirikan rumahtangga.

sumber : rotikaya & sinar online

Gambar Panas : Anak Pelakon Popular

Gambar Panas Anak Pelakon Popular


Gambar Panas : Anak Pelakon Popular


 

Gambar-gambar di bawah ini dipercayai adalah gambar anak kepada seorang pelakon kacukan yang popular sekitar tahun 90-an.

Bermacam-macam aksi panas yang ditunjukkan oleh gadis yang berusia 17 tahun ini antaranya merokok dan bergambar mesra dengan seorang lelaki dengan hanya berbikini.

Hmmm, apalah komen mak dan ayahnya selepas melihat gambar sosial anak mereka sudah tersebar di kebanyakan laman-laman blog?

Diharapkan artis itu dapat menasihati anaknya kerana dia mungkin masih muda dan tengah mahu merasa dan mencuba semua keseronokan yang bersifat sementara..

SOFIA


SOFIA1


SOFIA2


SOFIA3

Shila Amzah Teruja Nak Tunaikan Umrah

Shila Amzah Teruja Nak Tunaikan Umrah


Shila Amzah Teruja Nak Tunaikan Umrah


Selepas kemelut percintaan yang dihadapinya mulai surut, penyanyi Shila Amzah, 23, kini kembali fokus dalam kehidupannya seperti biasa.

Malahan, Shila dilihat seakan tidak sabar untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarganya yang dijadualkan pada Mac depan.

Bercakap kepada Murai, Shila menyatakan, “Shila sangat teruja dan seronok apabila menjadi antara kalangan tetamu Allah dan ini merupakan kunjungan pertama Shila ke sana”.

Shila serta keluarga bakal pergi menunaikan umrah pada bulan Mac depan dan Shila mengakui memang sangat menantikan masa untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah.

Dia bersyukur kerana kerana telah dijemput menjadi tetamu Allah bersama ahli keluarganya.

Baguslah begitu Shila, peminat semuanya mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Semoga karier nyanyian Shila selepas ini akan terus meletup bukan hanya sekadar di negara China bahkan di seluruh dunia!

Buktikan yang anda sememangnya salah seorang daripada aset negara seperti yang dinyatakan oleh ayahnya, ND Lala kepada pihak media sebelum ini.

Anuar Zain Antara Yang Meriahkan Karnival Wow!

Karnival Wow! Putrajaya 2013


Anuar Zain Antara Yang Meriahkan Karnival Wow!


Penyanyi eksklusif negara, Anuar Zain dijadualkan bakal memeriahkan Konsert Wow! bersempena penganjuran Karnival Wow! Putrajaya 2013 (KWP 2013) yang bertempat di Laman 1Malaysia Presint 2 Putrajaya, jam 9 malam pada Ahad ini.

Selain Anuar Zain, penyanyi Aizat, Najwa Latif dan juga Kumpulan Azlan & The Typewriter juga bakal menghiburkan pengunjung dengan barisan lagu-lagu hits mereka.

Memetik laporan Murai, Konsert Wow! diadakan sebagai menutup tirai bagi sambutan KWP 2013 dan ia akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang akan menghiasi bandar Putrajaya pada malam tersebut.

Bermacam aktiviti menarik disediakan sepanjang empat hari karnival yang bermula pada 28 Februari hingga 3 Mac ini antaranya pengunjung berpeluang menaiki helikopter, mencuba sukan lasak, go-kart dan pertandingan paintball.

Jadi buat anda yang tidak tahu nak buat apa hujung minggu ini, apa kata singgah ke KWP 2013 untuk merasai pengalaman baru yang semestinya menarik untuk diterokai!

Bila Nora Danish Ajak Anak Basuh Kereta…

Bila Nora Danish Ajak Anak Basuh Kereta...


Bila Nora Danish Ajak Anak Basuh Kereta…


Nora Danish baru-baru ini memuat naik gambar dia dan anaknya membasuh kereta dalam Facebooknya.

Walaupun ia cuma aktiviti biasa, Nora mungkin merasakan ia adalah antara aktiviti terbaik untuk meluangkan masa bersama anak tercintanya, maklumlah dia sendiri semakin sibuk mendapat undangan berlakon sejak akhir-akhir ini.

Jadi mungkin aktiviti sebegini salah satu cara untuk dia merapatkan lagi hubungan mereka anak beranak.

Masing-masing ada ‘style’ tersendiri untuk bersama insan yang tersayang…anda pula bagaimana?

nora-danish1

Perkahwinan Zain Saidin & Rozita Dapat Restu Keluarga


Zain dan Rozita kini secara terbuka mengakui mereka sedang bercinta. Foto Instagram Zain Saidin.

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin bersyukur kerana hasratnya untuk memperisterikan aktres Rozita Che Wan mendapat restu ibunya, Siti Aishah Abdullah serta ahli keluarga yang lain.

Zain, 29, berkata, walaupun dia tidak memperkenalkan Rozita, 40, secara rasmi kepada ibunya itu tetapi kedua-dua mereka pernah berjumpa dalam sebuah majlis dan telah saling kenal mengenali.

"Kakak saya iaitu Sasha (Elite) juga kenal dengan Rozita dan ada berjumpa ketika majlis resepsi pernikahan Azza dan suaminya tahun lalu selain di beberapa majlis lain. Ahli keluarga semua tiada masalah dengan hubungan kami," jelasnya.

Hubungan Zain dan Rozita sudah diperkatakan sejak sekian lama sehinggalah Zain menerusi sebuah akhbar membuka mulut untuk menikahi wanita yang berusia 11 tahun lebih tua daripadanya itu.

Bagaimanapun Zain menepis laporan akhbar Harian Metro pada Selasa yang mendedahkan dia dan Rozita mahu bernikah pada Julai depan kerana pada ketika itu umat Islam sibuk dengan persiapan bulan Ramadan.

Pelakon itu berkata, dia tetap bertegas dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan walaupun kedua-dua mereka masih tidak berbincang mengenainya.

"Seperti yang saya cakap sebelum ini perancangan untuk berkahwin insya-Allah pada penghujung tahun ini namun itu pun terletak kepada keadaan.

"Laporan mengatakan kami bakal berkahwin pada Julai ini tidak benar kerana ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan" jelasnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hadiah istimewa yang pernah diberikan kepada Rozita, Zain berkata dia pernah memberikan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu bersempena hari jadi Rozita baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Zain berkata dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran Oh! My English musim kedua selain beberapa projek lain.
Related Posts with Thumbnails