Friday, March 1, 2013

Bunohan bolot 3 kategori Anugerah Cipta FFM25



Syafiq Yusof
Syafiq Yusof

BUNOHAN meraih tiga kategori Anugerah Cipta Festival pada majlis pembukaan Filem Festival Malaysia ke-25 (FFM25) yang diadakan malam ini.

Filem arahan Dain Iskandar Said itu berjaya meraih Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik yang diterima Imaginex studio bagi pihak mendiang Yuan Tan Tan Wei,
Anugerah Penataan Bunyi Terbaik (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex) dan Penataan Seni Terbaik (Dain Iskandar Said).

"Saya tidak menyangka kemenangan hari ini, setiap filem memberi yang terbaik dalam pembikinan filem mereka, kemenangan hari ini merupakan hasil kerjasama
produksi yang gigih dan berusaha untuk filem Bunohan," kata Dain dipetik Bernama.

Majlis pelancaran FFM ke-25 dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Pemenang menerima trofi dan wang tunai dari RM10,000 hingga RM15,000 mengikut kategori yang dipertanding.

Berikut pemenang Anugerah Cipta FFM25 yang disampaikan malam ini:

Poster Terbaik - SeaFood

Pereka Kostum/Busana - 29 Februari (Hasnan Yaaccob)

Lagu Tema Terbaik - Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)

Penataan Bunyi Terbaik - Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan IMmaginex Studios)

Penataan Seni Terbaik - Bunohan (Dain Iskandar Said)

Skor Muzik Asal Terbaik - Bunohan (Imaginex Studios)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Tee Jing Chen (Hantu Gangster)

Filem Pendek Terbaik - Sanzaru (Reservoir Productions Sdn Bhd)

Filem Animasi Terbaik - Ninja vs Pirate (The One Academy)

Pengarah Harapan - Syafiq Yusof (S.A.M)

Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Link Pew Wah



Anugerah Perdana FFM ke-25 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Sabtu ini dan festival anjuran Finas itu bakal menyaksikan 19 lagi
kategori dicalonkan.


Halim Othman Perkenalkan Tarian 'Halim Shake'


Tarian Halim Shake yang diketuai oleh Halim Othman dipersembahkan di lobi Menara Star pada Rabu.

Selepas Gangnam Stye, kini tarian Harlem Shake menjadi fenomena terbaharu dunia Youtube.Tidak terlepas terkena demam Harlem Shake, penyampai radio Suria FM, Halim Othman turut mempunyi tarian Harlem Shakenya tersendiri yang digelar Halim Shake.

Halim bersama beberapa rakan deejay (DJ) dari Red FM menghiburkan pengunjung termasuk Timbalan Pengerusi Eksekutif The Star, Datuk Vincent Lee di lobi Menara Star pada Rabu.

Menurut Halim, pada awalnya dia telah dipaksa oleh DJ Red FM, Lil Kev dan JJ yang mana telah bertanggungjawab memuat naik video asal mereka Halim Shake di Youtube yang berdurasi 1.08 minit.

"Satu hari mereka berdua telah meletakkan kamera di depan saya dan meminta saya untuk menari seperti seperti Tan Sri SM Salim dalam lagu Apa Dah Jadi, jadi saya hanya menari mengikut apa yang saya tahu sahaja," katanya.

Berikut adalah pautan kepada video Halim Shake yang dimuat naik di YouTube baru-baru ini: http://youtu.be/jz2YL8fcnNU

Halim memberitahu pergerakan tarian yang dilakukannya cukup mudah, namun apa yang sukar kerana dia tidak pandai menari.

Sementara itu, DJ Lil Kev berkata idea dan konsep asal koreografi untuk tarian Halim Shake ini adalah daripada anaknya.Dia berpendapat Halim Shake akan lebih mudah diterima dalam budaya masyarakat di Malaysia dan lebih bersopan santun.

"Ini adalah 100 peratus Malaysia, ia mudah diterima masyarakat kita, ditambah pula Halim Othman merupakan seorang ikon radio," katanya.

Kumpulan tarian Halim Shake terdiri daripada kakitangan kumpulan radio The Star, termasuk Suria FM, Red FM, 98.8 FM dan Capital FM.

Tarian Shake Harlem, yang muncul di YouTube awal bulan ini, adalah hasil kerja TheSunnyCoastSkate iaitu sekumpulan pemain papan luncur dari Queensland Australia, yang melakukan tarian spontan apabila hujan menghalang aktiviti luar mereka.

Harlem Shake dikatakan sebagai pencabar kepada video Gangnam Style dari artis Korea Selatan, Psy, yang telah memecah rekod satu bilion tontonan di YouTube.

Tak tiru Juvana: Karlos hidang lebih aksi



Tak tiru Juvana: Karlos hidang lebih aksi
Feroz (kanan) bersama barisan pelakon Karlos

"Erti penderitaan sebenar", adalah satu ungkapan yang boleh diberikan terhadap jalan penceritaan drama Karlos yang bakal menemui penonton menyusuli drama Spy M di slot Aksi bermula 4 Mac ini.

Drama terbitan Front Row Pictures Sdn Bhd ini mengisahkan perjalanan hidup seorang remaja bernama Irwan Zaid yang sering dipinggirkan di dalam keluarga itu, bakal menambat hati penonton dengan pelbagai babak menarik yang diselitkan menerusi drama tersebut.

Mengangkat naskhah Sofia J Rhyland sebagai penulis skrip, drama arahan Feroz Kader ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya Johan As'ari, Syazwan Zulkifly, Sherlie Merlis, Namron, Jay Iswazir dan Azhar

Sulaiman yang bakal menjadikan drama ini sebagai satu  fenomena terbaru buat penonton.

Berinspirasi daripada kisah benar, drama 13 episod ini bukan sahaja menghiburkan, malah jalan cerita dipaparkan penuh dengan pelbagai mesej berguna.

Menurut Feroz, drama itu tidak hanya sarat dengan adegan aksi yang mendebarkan, malah ia turut disajikan dengan beberapa mesej yang mendalam untuk tatapan penonton.

"Lihat sahaja tajuknya saya pasti sedikit sebanyak ramai yang boleh agak jalan cerita drama ini yang penuh dengan aksi.

"Namun di sebaliknya, drama ini turut dipenuhi dengan pelbagai mesej dan emosi yang pastinya akan memberi impak yang baik terhadap masyarakat," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran drama Karlos di Seri Pentas, kelmarin.

Bertanyakan sama ada mempunyai persamaan dengan Juvana, Feroz memberitahu Karlos memiliki jalan cerita tersendiri.

Pilih Johan, Syazwan

Menyentuh mengenai pemilihan pelakon yang terlibat, Feroz memberitahu dia memilih Johan As'ari (Irwan) dan Syazwan Zulkifly (Kenji) memandangkan mereka memiliki karakter yang bersesuaian dengan watak dalam drama tersebut.

Walaupun mengetahui pemilihan kedua-dua pelakon ini bakal dikaitkan dengan Juvana, namun Feroz memiliki alasan tersendiri.

"Kami sedar akan perkara ini tapi bagi saya, penonton yang setia mengikuti drama ini akan sedar sendiri bahawa Karlos dan Juvana adalah cerita berbeza. Lakonan dibawa Johan dan Syazwan dalam drama ini amat
berbeza, dengan watak yang lebih matang serta emosi diselitkan," katanya.

Cabaran demi cabaran

Dalam setiap pembikinan drama mahupun filem, pasti ia memiliki cabaran yang tersendiri untuk disempurnakan.

Feroz akui pembikinan drama ini tidaklah mudah, malah memerlukan penelitian yang baik supaya ia nampak lebih menarik terutamanya dalam babak aksi.

Selain daripada itu, Feroz juga mengatakan, keadaan cuaca yang tidak menentu turut beri cabaran buat mereka untuk meneruskan penggambaran di luar yang dijangka akan tamat sekitar pertengahan Mac ini.

"Walaupun sukar, tapi dengan komitmen yang diberi krew yang terlibat memudahkan kerja kami.

"Saya harap, penonton akan terhibur dengan drama ini kerana ia tidaklah semata-mata dipenuhi dengan aksi, malah drama ini memiliki mesej dan nilai murni yang tersendiri," jelasnya.


Related Posts with Thumbnails