Tuesday, April 30, 2013

Cynthiara Alona pilih lelaki Inggeris



Cynthiara Alona
Cynthiara Alona

PELAKON, Cynthiara Alona, mengakui dia lebih tertarik dengan lelaki berbangsa Inggeris.

Menurut Alona, dia pernah menjalinkan hubungan cinta bersama jejaka dari Jerman, Stephan Oalkers, ketika usianya 17 tahun.

"Saya bersama Stephan selama enam tahun. Namun, jodoh kami tidak panjang, hubungan itu terlerai begitu sahaja.

"Pun begitu, saya tidak serik untuk memilih lelaki Inggeris. Keperibadian mereka sangat menarik dan melebihi lelaki tempatan. Selain romantik, mereka juga baik dan jujur," kata pelakon filem Diperkosa Setan ini.


Tanpa babak panas, Mencari Cinta masih menyengat



Tanpa babak panas, Mencari Cinta masih menyengat
Mencari Cinta, lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish.

Tanpa babak panas, Mencari Cinta masih menyengat
Antara babak dalam Mencari Cinta.

BIARPUN dihimpit kontroversi gara-gara tayangan babak panas dalam trailer, siapa sangka, Mencari Cinta mempunyai kekuatan jalan cerita yang tersendiri.

Meskipun kisah jodoh dipertemukan keluarga adalah sebuah kisah klise, namun garapan yang berlainan dari pengarah, Shirin Khuzaimi memberi keistimewaan terhadap filem ini.

Malah, tanpa babak panas, yang sudah dipotong Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), filem ini masih menyengat dan sebenarnya bakal mengimbau memori pasangan-pasangan yang sudah berkahwin.

Filem ini juga sebenarnya menggalakkan percintaan selepas perkahwinan yang lebih manis berbanding bercinta sebelum berkahwin.

Mencari Cinta membawa penonton melayari kisah Myra Tan Sri Johan yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan Malik, lelaki yang dipilih sendiri, tetapi akhirnya ditinggalkan oleh Malik yang mencintai orang lain.

Perkembangan terbaru ini membawa banyak masalah kepada Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani kerana semua persiapan sudah selesai dan jemputan dihantar.

Pada masa yang sama, seorang budak kampung bernama Razlan Ariffin yang taat dan sopan kepada ibu bapanya dan memiliki ladang warisan baru sahaja putus tunang dengan Mila yang ingin melanjutkan pelajarannya.

Razlan menerima hakikat bahawa dia dan Mila sudah tidak mempunyai perasaan sayang. Nasib menemukan mereka Razlan dengan Myra berdua apabila keluarga Myra merancang perkahwinan mereka berdua.

Plot boleh dijangka

Secara keseluruhan, filem ini bergerak dengan sangat baik dari awal cerita, biarpun kebanyakan babak sudah boleh dijangka.

Namun, permainan Shikin, terutamanya dalam babak romantis melibatkan Myra dan Razlan membuatkan penonton akan setia sehingga penghujungnya.

Bagaimanapun, kehadiran Mila adakalanya dirasakan tidak perlu kerana kisah bekas kekasih kembali mencari kekasih terlalu klise untuk diketengahkan.

Apatah lagi, Mila yang dijayakan oleh Fouziah Gous yang hadir untuk satu babak saja.

Begitu juga dengan babak Razlan menyelamatkan Myra dari kebakaran bangsal di ladang, babak mereka bertentang mata membuatkan ramai penonton mengeluh kerana ia mengingatkan penonton kepada cerita Bollywood.

Gandingan menjadi

Gandingan mantap Nora Danish dan Rusdi Ramli yang menjayakan watak Myra dan Razlan banyak membantu kekuatan filem ini.

Aksi lakonan bersahaja Rusdi sebagai lelaki kampung yang memiliki kesabaran dan sikap lurus banyak mengundang tawa penonton.

Manakala lakonan comel Nora pula pasti akan membuatkan penonton lelaki 'cair' melihat aksinya.

Cuma babak pergaduhan, yang membawa kepada penceraian tidak dibawakan dengan begitu baik. Namun, dari segi permainan emosi, kedua-duanya berjaya.

Justeru, bagi mengetahui keseluruhan jalan cerita, adakah Razlan yang dibesarkan oleh ibu bapa tradisional serasi dengan Myra yang merupakan anak orang kaya dengan gaya hidup moden? Bolehkah mereka jatuh cinta terhadap satu sama lain?

Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam.


Ziana Zain tidak lagi amalkan suntikan kolagen



Ziana Zain
Ziana Zain

Ziana Zain dilantik menjadi duta produk Safi Rania Diamond
Ziana Zain dilantik menjadi duta produk Safi Rania Diamond

MELIHAT raut wajahnya, pasti tiada siapa menyangka usia penyanyi kesayangan ramai ini sudah mencecah ke angka 45 tahun.

Berketerampilan menarik juga antara faktor pelantun lagu Madah Berhelah ini sentiasa kelihatan awet muda.

Di sebalik semua itu, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui dia sebenarnya seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.

Atas dasar mahu tampak menawan sentiasa, isteri kepada Armin Zaharin Mohd Zamberi ini pernah membuat pengakuan mengambil suntikan kolagen pada wajahnya suatu ketika dahulu.

Namun, setelah sedar akan kesannya, insan seni yang dikenali sebagai Ziana Zain ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan suntikan kolagen tersebut.

"Saya antara wanita yang sangat mengambil berat mengenai kecantikan, apabila usia meningkat, kulit wajah dan bentuk badan kita turut menerima kesan.

"Ketika itu saya mulai risau dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku terhadap diri, jadi saya mencuba pelbagai inisiatif untuk memastikan diri kekal cantik seperti kini," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran duta produk kecantikan Safi Rania Diamond baru-baru ini.

Jelas Ziana, pengambilan suntikan kolagen memang memberi kesan ketara kepada kulit wajahnya.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui kesan jangka panjangnya, saya jadi bimbang dan terus meninggalkannya.

"Walaupun ia mampu membuatkan kulit kita lebih cantik, tegang dan bermaya tetapi jika diambil secara berlebihan ia boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang," katanya selesa mengamalkan petua tradisional dalam memelihara kecantikan.

 Tidak salah mencuba

Berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta produk Safi Rania Diamond pula, akui Ziana, produk itu telah memberi nafas baru dari aspek penjagaan kulit wajah kepadanya.

"Apabila dilamar oleh Sari Rania Diamond, memang saya teruja, saya fikir apa salahnya mencuba.

"Lagipun saya memang suka mengkaji perkara atau produk baru yang berkaitan dengan kecantikan," katanya mengambil masa tiga bulan mencuba produk itu sebelum berpuas hati dengan kesannya.

Dalam pada itu, jelas Ziana apa yang penting, produk yang digunakan haruslah memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.

"Saya jarang bertukar-tukar produk, biasanya produk yang saya gunakan dalam tempoh yang lama, namun jika merasakan tiada sebarang perubahan pada kulit wajah, saya hanya menukar selepas setahun," kata pengusaha produk kecantikan B.Lift ini.

Di aju pertanyaan, tidakkah penglibatannya sebagai duta Safi Rania Diamond bercanggah dengan produk miliknya itu, kata Ziana, ia tidak memberi sebarang masalah kepadanya.

"Produk Sari Rania Diamond di aplikasi secara luaran, manakala B Lift pula adalah untuk kesihatan dari dalaman," katanya telah mengikat kontrak menjadi duta produk ini selama dua tahun.

 Jangan tua sebelum usia

Dalam pada itu, Ziana sempat berpesan kepada wanita di luar sana supaya peka dengan kecantikan diri.

"Semua ini bukan untuk orang lain, sebaliknya diri kita sendiri. Apabila kekal cantik dengan menggunakan produk yang sesuai, pastinya kita berasa lebih yakin dan selesa untuk tampil di depan khalayak," ujar Ziana jangan terlalu obses terhadap
kecantikan sehingga membahayakan diri sendiri.

Tambah Ziana, jika dahulu dia sukar menerima hakikat melihat perubahan dirinya seiring dengan usia, namun kini dia berbangga kerana mampu kelihatan cantik meskipun umurnya semakin meningkat.

“Bagi saya, biarlah kita menikmati usia tua dengan seadanya, apabila fasa kulit dan badan kita berjalan secara normal, kita akan berasa lebih sihat.

“Hakikatnya, kita tidak boleh mengembalikan kulit wajah dan badan kita semasa masa muda, jadi hanya rawat ia mengikut peredaran masa dengan betul sahaja," katanya asalkan jangan tua sebelum usia.

 Gembira penerimaan suami

Selain Ziana, suaminya Armin turut terlibat dalam pembikinan komersial produk ini.

Menurut Ziana, meskipun bimbang pada awalnya, namun dia gembira apabila suaminya itu menerima lamaran membintangi komersial itu dengan terbuka.

"Ini kali pertama dia terlibat dengan pembikinan iklan yang memerlukan dia bercakap.

"Mula-mula memang risau dia tidak setuju, tetapi bila dia kata 'ok', memang saya terkejut dan gembira sangat," katanya.

Akui Ziana juga, komersial tersebut turut memberi makna kepadanya.

"Sama seperti komersial ini, Armin akan melihat saya setiap hari ketika saya menyambut kepulangannya di rumah.

"Biasanya ketika itulah dia melihat perubahan saya, sama ada bentuk badan, wajah dan sebagainya," katanya mendapat sokongan Armin berkenaan kecantikan diri.

Tambah Ziana, dia juga bertuah kerana Armin tidak pernah memberi tekanan kepadanya meskipun perubahan demi perubahan dialami dari segi bentuk badan dan kulit wajah.

"Selepas saya mengandung, saya mula risau dengan kenaikan berat badan yang mendadak, namun Armin seorang yang rilek dan dia sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya yang saya boleh lakukannya," katanya.

Ziana paling layak

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan Diva Pop itu, pengurus kumpulan produk Safi, Mahsuri Sulaiman berkata, pihaknya telah membuat kaji selidik untuk mendapatkan selebriti paling layak menjadi duta produk ini.

"Dalam kajian yang dijalankan rata-rata respons memihak kepada Ziana, jadi kami sepakat memilih dia," ujar Mahsuri Safi Rania Diamond melengkapkan kembara cantik setiap wanita.

Dalam pada itu, jelas Mahsuri, produk ini disediakan khusus untuk wanita berusia 40-an.

"Formula Nano Diamond DNA technology bukan sahaja mengurangkan kedutan dan garisan halus pada wajah tetapi ia juga merawat, merangsang, mengaktifkan dan menjana pembentukan sel kolagen dan elastin kulit pada kadar dua kali ganda bermula dengan olesan yang pertama," jelasnya Safi Rania Diamond adalah rangkaian produk anti penuaan kedua Safi selepas rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold dengan rumusan Nano Emas 24k.

Tegas Mahsuri, dia berharap pilihan produk premium ini memperkayakan lagi rejim kecantikan antipenuaan wanita di negara ini.

"Rangkaian premium ini turut dilengkapi dengan lima produk teras yang berfungsi khusus untuk mengembalikan pesona keremajaan kulit," katanya lagi.

Lima rangkaian produk tersebut ialah Skrub Krim Mikrodermabrasion Safi Rania Diamond, Booster Peremajaan Sel Safi Rania Diamond, Serum Rawatan Intensif Safi Rania Diamond, Krim Antipenuaan SPF27PA Safi Rania Diamond dan Krim Regenerasi
Sel Safi Rania Diamond.


Profil
Nama sebenar: Siti Roziana Binti Mohammad Zain
Tarikh Lahir: 2 Mei 1968
Asal : Kampung Simpang Merlimau, Melaka
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, model, duta produk
Karier awal: Pramugari
Tinggi: 5’ 3” (1.60 m)
Anak : Muhammad Airil, Siti NurQaseh, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.
Suami: Armin Zaharin Mohd Zamberi
Duta: SlimWorld , Tilam Vono, Nutrimetics, Omega, Avon, Antabax
Drama: Serunding, Cermin Pada Bulan, 4 Diva Sekampung, Tetamu Allah dan Nur Kasih Di Jabal Rahmah
Program realiti: Mentor musim keempat (Mentor 4)
Filem: Sembilu 1 dan 2, Maria Mariana, Merah, Pontianak Menjerit dan Qabil Khushry Qabil Igam, Magika


Yana Samsudin cuti sebulan



Yana Samsudin
Yana Samsudin

AKTRES yang tidak asing lagi dalam lakonan layar perak, Yana Samsudin, memaklumkan dia bakal bercuti selama sebulan untuk berehat.

Menurutnya, keputusan itu di ambil selepas menyedari jadual kariernya yang padat dan telah memberi kesan terhadap kehidupan peribadinya.

"Dalam masa beberapa tahun ini memang saya terlalu sibuk dengan bidang lakonan sehinggakan tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarga, diri sendiri dan teman-teman lain.

"Dalam masa cuti inilah saya boleh menghadiri majlis-majlis tertentu dan beri perhatian terhadap kehidupan saya," katanya.

Yana berkata, peluang bercuti selama sebulan itu akan digunakan untuk bercuti ke luar negara selain menghabiskan masa di kampung halamannya di Yong Peng, Johor.


Fouziah Gous kahwin tahun ini?



Fouziah Gous
Fouziah Gous bersama kekasihnya

JIKA sebelum ini dia menafikan gosip yang mengatakan dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar VIP, kali ini pelakon Fouziah Gous mendedahkan status sebenar dirinya yang kini sudah pun bergelar kekasih kepada seseorang.

Bukan itu sahaja, pelakon cantik itu turut memberitahu dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa yang terdekat.

“Sebelum ini kami hanya kawan dan turut menjalankan perniagaan sarang burung bersama tapi tanpa disedari hubungan itu berlanjutan sehingga ke tahap ini.

"Ciri-ciri suami yang saya bayangkan memang ada pada dirinya. Insya-ALLAH, jika semua berjalan dengan baik kami akan berkahwin dalam tahun ini juga," ujarnya.

Wednesday, April 24, 2013

Selebriti kerja kuat bantu kempen Pakatan





KUALA LUMPUR: Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) semakin dirasai oleh rakyat Malaysia khususnya kepada parti-parti politik yang bertanding.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat, kempen PRU13 mungkin sedikit berbeza berbanding kempen-kempen PRU terdahulu apabila kempen kali ini turut dibantu secara terbuka oleh golongan artis dan selebriti.

Jika sebelum ini PAS dilihat tidak mendapat tempat di hati para artis dan selebriti, namun kali ini golongan artis secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap parti ini dan secara sukarela membantu parti dalam kempen pilihan raya.

Bagi pengarah,penerbit dan juga pelakon, Adam Hamid yang menyertai PAS pada Julai tahun lalu, PRU kali ini amat bermakna bagi dirinya kerana beliau terlibat secara langsung membantu kempen parti itu.

Teruja berkongsi pengalaman, Adam, 40, berkata beliau bergilir-gilir membantu calon PAS di Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi dan calon PKR, Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

"Saya membantu kawasan Lembah Pantai dan Titiwagsa. Setakat ini, memang bergilir-gilir di dua kawasan ini sahaja tapi kalau ada kawasan lain yang jemput saya, saya cuba penuhi jika berkesempatan.

"Saya akan terus membantu jentera sehingga 5 Mei ini. Kalau ikutkan saya kena ke Brunei 1 Mei tapi saya minta tangguh selepas 5 Mei sebab saya ingin membantu dalam pilihan raya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Anak kelahiran Kelantan dan berdarah Cina Pakistan itu juga berkata, beliau dipanggil memberikan ceramah dalam program bersama anak muda dan ada kalanya diberi tugas menjadi pengacara majlis.

"Memang saya tumpu seratus peratus kepada kempen. Biasanya saya dipanggil memberi ceramah kelompok, jadi pengacara program dan kadang-kadang jadi penceramah bidang terjun. Tapi saya cuba tolong mana yang mampu.

"Kalau tak ada program ceramah pun, saya akan tolong pasang bendera, dan keluar ke markas dan bilik gerakan untuk bersama-sama jentera," katanya ramah.

Cerita beliau juga, beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan penduduk setempat sewaktu PAS mengadakan program di Titiwangsa.

"Pengalaman saya sendiri, sewaktu menyertai program goreng keropok lekor di PPR Laksamana, walaupun hujan, saya terharu apabila ada uncle dan auntie Cina turun membantu kami. Saya nampak sokongan mereka terhadap PAS," katanya.

Beliau sempat memberitahu, 99 peratus keluarganya di Kelantan yang berbangsa Cina dan beragama Budha menyokong PAS.

"Keluarga saya di Kelantan, 99 peratus Cina dan belum memeluk Islam tapi menyokong PAS. Mak saya Cina masuk Islam dan ahli keluarganya belum memeluk Islam. Tapi mereka memang menyokong PAS dan menyatakannya secara terbuka. Kalau saya balik Kelantan, mereka suka bercerita tentang PAS di Kelantan," ceritanya.

Pengundi di Lembah Pantai itu juga tanpa berselindung memberitahu, enam undi sudah dijamin untuk Nurul Izzah.

"Saya, abang, dan kakak ipar dan keluarganya, memang akan beri undi kepada Nurul Izzah," katanya diiringi ketawa.

Dalam pada itu, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar keluar mengundi dan tidak takut melakuan perubahan kerana menyifatkan PRU13 amat penting untuk masa depan negara.

"Saya menyeru semua warga Malaysia agar tidak takut untuk keluar mengundi. Pilihan raya kali ini sangat penting kepada warga Malaysia untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara.

"Kepada jentera pula, saya harap bekerjalah seikhlas hati, semampu yang boleh dan tidak mengharapkan pujian.

"Kalau nanti andai wakil rakyat yang kita bantu itu tidak kenal kita, tida tegur kita, jangan kecil hati. Dia ada banyak tugas, ada banyak rakyat yang nak kena jaga. Allah ada untuk membalas segala kerja buat kita," katanya.

Bagi seorang lagi selebriti, Leman Raja Lawak atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim, inilah masanya beliau mengotakan janji untuk menjadi pekerja sepenuh masa kepada PAS.

Leman, 31, sewaktu menyertai PAS Jun tahun lalu berjanji akan membantu PAS dalam PRU13.

Leman yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini mengakui jadualnya padat dengan aktiviti kempen bersama calon PAS.

"Saya berkempen di seluruh negara. Malam ini di Kedah, esok di di Perak, lusa di Melaka, kemudian Johor, Kelantan dan balik semula ke Kedah.

"Saya memang fokus kepada ceramah bersama calon-calon. Saya fokus kepada isu rakyat seperti masalah ekonomi, terangkan manifesto Pakatan Rakyat.

"Mungkin PAS nampak saya boleh tarik anak muda dengar ceramah, jadi saya diberi tugas berceramah dan fokus saya memang untuk jatuhkan Umno BN," katanya bersahaja.

Leman juga baru diambil menjadi anak angkat Parlimen Sik, kerana dilihat mampu memberi pengaruh kepada golongan muda di kawasan tersebut.

"Malam semalam saya berkonvoi motosikal bersama 1,000 pemuda dari Pekan Sik, masuk ke kawasan Felda. Alhamdulillah sambutan memberangsangkan dan kami tak dihalang masuk Felda walaupun diketahui kawasan kuat Umno di situ," ceritanya.

Pengundi di Parlimen Padang Terap itu turut menyeru rakyat Malaysia agar keluar menunaikan tanggungjawab pada 5 Mei ini.

"Saya nak pesan, untuk pilihan raya kali ini, jangan takut untuk undi Pakatan Rakyat, jangan takut untuk tukar kerajaan.

"Jangan percaya khabar angin yang kata akan berlaku huru-hara selepas pilihan raya. Kitalah penentu masa depan negara," katanya yang juga Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).

Menyentuh mengenai penyanyi Aishah yang bertanding di Parlimen Jempol, beliau menyokong penuh perkara itu dan berharap kemenangan Aishah di kawasan tersebut.

"Saya sangat sokong Kak Aishah jadi calon tapi saya minta maaf, saya memang tidak sempat untuk turun berkempen untuk beliau.

"Baru-baru ini saya hanya sempat turut ke Pengerang, kawasan Dayangku Intan bertanding. Apa-apa pun, saya memang menyokong mereka dan mendoakan kemenangan mereka," ujarnya.

Sunday, April 21, 2013

Tak Tamat Sekolah, Emma Enggan Dijadikan Contoh

Emma Maembong


Tak Tamat Sekolah, Emma Enggan Dijadikan Contoh


KUALA LUMPUR – Pelakon Emma Maembong yang tercicir dalam pelajaran berharap golongan remaja tidak menjadikannya contoh untuk mengambil ringan soal pelajaran kerana perkara itu penting untuk kejayaan seseorang.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, tujuan dia mendedahkan sekadar menuntut sehingga di tingkatan dua itu hanyalah untuk menaikkan semangat golongan berkenaan.

“Memang ada sesetengah orang berpendapat remaja yang tidak habis sekolah mempunyai masa depan yang gelap ataupun tiada masa depan.

“Tetapi bagi saya, selagi ada usaha, walaupun kita tidak belajar tinggi, kita mampu menjadi golongan yang lebih hebat daripada orang yang berpendidikan tinggi jika kita sanggup berusaha.

“Saya harap, bagi yang mampu bersekolah, jangan pula mengambil mudah untuk tidak belajar kerana pendidikan itu amat penting buat diri dan kehidupan kita. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin,” katanya kepada mStar Online.

Emma terpaksa menamatkan alam persekolahan ketika berusia 15 tahun kerana perlu menjaga adik lelakinya bernama Ahmad selepas ibu dan bapanya berpisah.

Disebabkan berada dalam kehidupan yang susah itu, dia hanya mampu mengikut jejak langkah bapanya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong.

Bagaimanapun kata Emma, bagi melihat kemampuan diri di bidang lain, dia menceburi industri lakonan menerusi pembabitan drama sulungnya, Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima pada awal tahun lalu.

“Sejujurnya saya tidak malu menceritakan apa yang telah dilalui pada masa dulu.

“Dan saya faham, sebagai selebriti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat agar apa yang saya alami ini dapat menjadikan ia sebagai contoh untuk orang lain,” kata Emma yang dibesarkan oleh bapanya selepas perceraian keluarga.

Tambah Emma lagi, dia mahu mereka yang mempunyai nasib serupa agar tidak berputus asa sebaliknya terus berjuang serta berani mengambil segala peluang untuk menjadi seorang manusia berguna.

“Selepas saya membuat pendedahan itu ramai pihak yang memberikan saya respons positif dan bersimpati dengan nasib saya tetapi tidak kurang juga yang mengkritik. Tetapi semuanya saya terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kampung Girl selain dilantik menjadi duta kepada produk Silky Girl. - mStar Online

Saturday, April 20, 2013

Akhirnya Roket mendarat di Bulan - TG Nik Aziz




KOTA BHARU: "Kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Beliau mengulas keputusan DAP menggunakan logo PAS setelah Pendaftar Pertubuhan memutuskan untuk tidak mengiktiraf barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang.

"Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari.

"Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman," kata Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam kenyataannya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Nik Aziz.



Penggunaan Logo PAS Oleh Calon DAP: Akhirnya Roket Mendarat Di Bulan



Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada petang ini bahawa calon-calon DAP akan menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan logo PKR di Sabah dan Sarawak di dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.

Ini berikutan sehingga jam 3 petang hari ini, DAP belum mendapat mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga tiada tanda-tanda surat itu akan tiba.

Saya ingin melahirkan simpati kepada DAP di atas tragedi yang menimpa mereka di saat-saat akhir penamaan calon besok hari. Sudah tentu tidak dapat dibayangkan kesedihan yang melanda ekoran terpaksa mengenepikan lambang rasmi yang telah digunakan zaman berzaman.

Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan.

Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan.

Dalam melayari bahtera politik tanah air, PAS dan DAP sering dilagakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin UMNO menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

Natijahnya, Melayu Islam dan bukan Melayu terus hidup dalam keadaan syak wasangka antara satu sama lain.

Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Saya kira, inilah saat di mana perjuangan PAS sudah tidak menjadi kegerunan lagi kepada bangsa Cina. Sekalipun ia masih belum diterima sepenuhnya, namun sedikit demi sedikit ia telah hilang.

Saya mengimbau kembali saat ketika Perjanjian Hudaibiyyah dimeterai antara Rasulullah SAW dan orang-orang Musyrikin Mekkah.

Kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah yang masih belum memeluk Islam mengambil keputusan untuk bernaung di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

Di saat itulah, sahabat-sahabat Rasulullah SAW diuji dengan rasa terhina akibat melihat secara zahir bagaimana perjanjian tersebut berat sebelah.

Namun kesabaran mereka segera diganjari oleh Allah SWT apabila perjanjian tersebut membuka peluang Rasulullah SAW menakluki kota Makkah apabila perjanian tersebut dilanggar di mana Bani Khuzaah yang masih belum memeluk Islam dan berlindung di bawah naungan Islam diserang oleh kaum Musyrikin.

Alhamdulillah, ketika UMNO masih menjaja keris tumpulnya merata-rata, perjuangan PAS sudah mula diterima di kalangan non muslim. Ketika UMNO main kayu tiga dengan perjuangan bangsa Melayu, PAS terus ke hadapan membawa misi dakwah dengan slogan PAS for All.

Non Muslim di sana sini tidak lagi segan silu membawa bendera PAS dan sebaliknya tidak pernah kita saksikan mereka membawa bendera keris tidak bersarung milik UMNO.

Saya yakin, benih Islamphobia yang disemai UMNO semakin mati tunasnya. Keputusan DAP ini insya-Allah satu rahmat besar buat PAS. Ia sebenarnya rezeki buat perjuangan Islam.

Mungkin Barisan Nasional merasakan langkah ini bakal membantutkan gerak langkah Pakatan Rakyat, namun sesungguhnya ia mengandungi rahmat yang sangat besar.

Jika Perjanjian Hudaibiyyah membuka jalan kepada pembukaan kota Makkah, maka tidak mustahil langkah kerajaan Barisan Nasional ini sedang membuka kepada pembukaan Putrajaya dan pembinaan Malaysia Baru.

Tidak mustahil tarikh 6 Mei 2013 nanti, perayaan besar-besaran kemenangan rakyat akan berlangsung di seluruh negara menyaksikan keruntuhan Barisan Nasional.

Yakinlah keputusan ini membuka pintu sejarah yang akan dikenang zaman berzaman. Inilah saatnya di mana akhirnya roket berjaya mendarat di bulan!

Salam hormat,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Bertarikh : 8 Jamadil Akhir 1434H bersamaan 19 April 2013M



sumber : harakahdaily



Saya tolak budaya video lucah - Wardina


(Wardina menunjukkan isyarat tolak budaya kotor menyebarkan video lucah semalam)


KUALA LUMPUR: Penyebaran video lucah mutakhir ini telah mengundang ketakutan di kalangan ibu bapa apabila ia sudah dilihat sebagai satu budaya yang boleh menjejaskan akhlak dan masa depan anak-anak.


Ketakutan ini turut dirasai oleh Pengacara dan Personaliti TV Wardina Safiyyah Fadhullah yang merasakan masa depan anak-anaknya tidak lagi selamat sekiranya budaya lucah terus dihidangkan kepada mereka.


Wardina yang ditemui selepas sidang media membantah penyebaran video lucah oleh parti lawan Pakatan Rakyat dalam media khasnya facebook dan youtube.


"Saya takut keruntuhan akhlak yang semakin serius, saya banyak turun padang jumpa dengan NGO, jumpa dengan budak-budak yang bermasalah, kita banyak jumpa dengan orang seperti, jadi kita lihat mereka ini," katanya.

Ekoran inilah katanya, peranan pemimpin teramat penting dalam menyekat perkara-perkara yang boleh mengundang kemaksiatan dan budaya penyebaran video lucah di kalangan generasi muda hari ini untuk kepentingan politik masing-masing.

Wardina percaya semua rakyat mahukan seorang pemimpin yang berakhlak, bersih, amanah, jujur dan baik akhirnya melahirkan generasi yang baik dan bebas daripada budaya lucah seperti ini.

"Baru-baru ini saya 'postkan' di Facebook saya mengatakan kita sudah mempunyai bangunan yang tinggi dalam masa yang sama kita perlukan pemimpin dan juga masyarakat berakhlak yang tinggi ini sangat diperlukan," katanya ketika ditemui dalam sidang media Ngo Wanita Membantah Penyebaran Video Lucah Menjelang PRU 13.

Malah katanya, sebuah negara yang maju mempunyai masyarakat yang menyintai ilmu walaupun berbeza ideologi tetapi semua ada matlamat yang sama iaitu sayangkan Malaysia.

"Kita mampu duduk semeja dengan pihak lawan menyatakan pandangan masing-masing iaitu saya tidak bersetuju dengan awak tetapi kita boleh jadi kawan.

"Tetapi hari ini tidak boleh duduk semeja, bahkan caci mencaci, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, benci membenci...'very bad'!.

"Saya tidak mahu anak-anak saya dibesarkan dalam masyarakat seperti ini(terdedah kepada video lucah), maka saya memperomosikan akhlak yang baik berkempen untuk berakhlak baik tidak kira di pihak mana," ujarnya.

Wardina turut melahirkan harapan agar mana-mana pemimpin negara yang bakal mewarisi negara selepas ini bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan masalah sosial yang sangat tenat.

Dan agenda utama serta harapannya sebagai seorang ibu, Wardina meminta pemimpin ini benar-benar memberi tumpuan penuh dan ini sangat penting sebagai agenda utama bagi memperbaiki sosial dan akhlak rakyat.


(Wardina bercakap dengan wartawan semalam)


"Pembangunan kita sudah banyak dan berkembang malangnya pembangunan insan dan akhlak tidak selari dengan pembangunan negara.

"Pembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya pemimpin tidak ada keikhlasan, dan tiada cintakann kepada ilmu. Selagi mana kita suka dengan benda yang remeh temeh, hiburan yang lampau, fitnah memfitnah, kita tidak akan jadi masyarakat yang maju.

"Wawasan 2020 tidak akan tercapai sekiranya mentaliti kita seperti ini. Kita ada macam-macam di Malaysia ini, cuma kita harapkan pemimpin yang beramanah," tambah beliau.

Justeru, beliau percaya penyebaran budaya lucah di kalangan masyarakat hari ini bagi melekakan pemikiran masyarakat agar mereka melupakan agenda sebenar negara.

"Masyarakat tumpukan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya diambil kira seperti hari ini, semua pakat fokus kepada video lucah ini.

"Siapa yang buat, siapa yang sebar, Saya tidak peduli, saya hendak jaga masa depan anak-anak saya. Anak-anak saya membesar dalam masyarakat apa? Saya seorang ibu dan mahukan anak-anak saya membesar di dalam negara ini dengan akhlak yang mulia," katanya.

 

jom kita lihat video ini...

 

Friday, April 19, 2013

Husam: Dap boleh guna lambang Pas



Pengerusi Jawatankuasa, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa
Datuk Husam Musa

PUTRAJAYA -  Pas mengalu-alukan rakan sekutunya,  DAP menggunakan lambangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, partinya terbuka sekiranya  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menghalang DAP menggunakan lambang sendiri.

"DAP boleh guna lambang Pas pada PRU13 ini sekiranya RoS tidak membenarkan parti demokrat itu menggunakan lambang sendiri.

"Penggunaan lambang Pas ini secara tidak langsung menampilkan kesatuan dalam dalam Pakatan Rakyat (PR)," katanya ketika sidang media hari ini.

Sebelum ini, RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Ini susulan daripada ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP.

Mengulas perkara sama, Husam yang akan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya berkata,  beliau juga hairan dengan tindakan RoS yang menghalang DAP menggunakan logo parti itu sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan parti itu tidak berhadapan masalah dan boleh bertanding dalam pilihan raya ini.

Sementara itu, pada majlis sama Husam turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) agar menggunakan tanah milik kerajaan agar harga jualan rumah dikurangkan kepada RM 100,000.

"Saya turut cadangkan penggunaan teknologi baru dalam sistem pembinaan kerana kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga masa hampir 50 peratus daripada tempoh pembinaan konvensional." katanya.

Selain itu, beliau turut mengemukakan isu perbezaan gaji kakitangan penjara dibandingkan dengan polis.

"Isunya, saya mencadangkan kajian untuk menyelaraskan semula gaji kakitangan penjara mengikut gaji polis.

"Memandangkan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara yang dihuni penjawat awam, saya sangat menitikberatkan rungutan guru-guru yang berdepan bebanan kerja yang banyak," katanya.

Menurut beliau, sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya perubahan yang bakal dibawa ialah mewujudkan sistem persekolahan satu sesi untuk semua sekolah, mengecilkan nisbah guru dan murid, mewujudkan jawatan pembantu pembantu guru dan peruntukan penyelenggaraan kemudahan.


Beego Serah Kad Kahwin Kepada Bekas Perdana Menteri

Beego & Linda Hashim 1

Pelakon yang terkenal menerusi drama “Puteri,” Beego baru-baru ini telah menyerahkan kad perkahwinannya kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu hadir di Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut Beego, Datuk Seri Najib merupakan individu pertama yang menerima kad undangan perkahwinannya dan pelakon tersebut berharap agar Bekas Perdana Menteri dapat hadir ke majlis tersebut.
Bekas Perdana Menteri menjadi individu pertama yang dijemput ke majlis perkahwinan saya pada bulan Jun nanti dan saya benar-benar berharap beliau akan hadir.

Bagaimanapun saya memahami jika beliau tidak dapat hadir kerana sibuk dengan tugas hariannya. – Ujar Beego menerusi laporan mStar Online.

Dalam pada itu, Beego turut akui tindakannya menyerahkan kad jemputan kepada Datuk Seri Najib adalah satu tindakan yang dilakukan secara spontan dan pelakon ini turut memuji keperibadian Perdana Mentari yang disifatkan sebagai individu yang mudah didekati.
Kebetulan kad jemputan itu baru siap dan semasa hadir ke majlis itu saya mengambil peluang itu untuk menjemput beliau ke majlis perkahwinan saya nanti.

Untuk makluman, Beego dan pasangannya Linda Hashim bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Jun ini.

 

pssstt : najib buat tak layan je..... =.="

Emma Maembong Nafi Dirinya Kekasih Zizan Razak

Setelah Zizan Razak mengakui yang hatinya sudah dimiliki oleh seorang wanita, banyak pihak yang membuat spekulasi mengenai identiti wanita bertuah itu. Terbaru, nama Emma Maembong dikaitkan kerana kehadirannya ke majlis hari jadi Zizan baru-baru ini.

emma maembong

Kalau Emma Maembong jadi kekasih Zizan, memang sama cantik sama padan. Namun Emma telah tampil menafikan perkara tersebut. Menurut Emma, mereka berdua hanya rapat kerana dirinya berada di bawah syarikat Zizan. Kata Emma kepada Sinar Harian:-
Bagi yang tidak tahu, saya sebenarnya berada di bawah pengurusan syarikat milik Zizan. Rasa lucu pula apabila orang katakan saya sebagai gadis yang berada di hati Zizan kerana sebelum ini nama Kaka yang dikaitkan. Biarpun dia mempunyai ciri-ciri lelaki yang saya sukai, tidak semestinya hanya Zizan sahaja yang mempunyai ciri-ciri seperti itu. Saya mengetahui bahawa dia sudah mempunyai teman wanita namun saya tidak mengenalinya. Lagipun ia merupakan hal peribadi Zizan, jadi jangan libatkan saya.

emma maembong

Kalau bukan Emma Maembong, siapakah wanita bertuah tersebut? Kaka pun dah nafikan bukan dirinya. Kami rasa, wanita tersebut adalah daripada golongan bukan artis. Mungkin daripada kelab peminat Zizan sendiri. Tak sabar rasanya nak mengetahui identiti wanita yang berjaya mencuri hati Zizan ini.

Tomok Kongsi Lagi Video Comel Anaknya

Tomok Kongsi Lagi Video Comel Anaknya


Tomok Kongsi Lagi Video Comel Anaknya


Selepas video Keek pertama Tomok bersama anaknya, Arrian Shah Akid menjadi fenomena disebabkan kecomelan anak lelakinya itu, kali ini Tomok berkongsi lagi videonya berduet bersama Arrian menerusi lagu berhantu kumpulan New Boyz, Sejarah Mungkin Berulang.

Arrian merupakan cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup penyanyi bernama sebenar Shah Indrawan Ismail bersama isterinya Rahayu Abas.

Tomok berkongsi video itu kepada pengikut akaun Keeknya yang kini mencecah 43,862 orang pengikut.

Dalam video terbarunya, Tomok bermain piano sambil ditemani Arrian dengan keletah comelnya yang nyata memikat hati semua orang yang melihatnya.

Jom layan dulu video Tomok dan Arrian ini ya!

Giliran Hafiz Tunjuk Belang Di DFP

Giliran Hafiz Tunjuk Belang Di DFP


Giliran Hafiz Tunjuk Belang Di DFP


KUALA LUMPUR – Menjejaki kejayaan penyanyi popular Yuna, Aizat, Najwa dan Noryn Aziz, kini tiba giliran Hafiz untuk mempersonakan para peminatnya di pentas berprestij Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Menerusi konsert yang dikenali Spotlight Dewan Filharmonik Petronas, Hafiz akan beraksi secara eksklusif pada 3 Jun ini, jam 8.30 malam bersama iringan pemuzik klasikal hebat dari dewan muzik berprestij berkenaan.

Berusia 23 tahun, Hafiz merupakan salah seorang artis muda berbakat besar dan dikenali melalui lagu-lagu balada yang menusuk kalbu.

Bakatnya dicungkil melalui program realiti Akademi Fantasia terbitan Astro pada tahun 2009, di mana dia merupakan juara untuk musim ketujuh setelah berjaya mengumpul 46 peratus undian (tertinggi dalam program itu).

Beliau kemudian mengedarkan album perdananya berjudul Masih Jelas pada bulan Julai tahun itu yang telah terjual lebih dari 10,000 unit.

Dia telah dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik dan Susunan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2010, memenangi kategori Lagu Malaysia Terbaik dan Lagu Serantau Terbaik dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 dan Artis Lelaki Terbaik di APM 2012 dan memenangi Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2011 dan yang terbaru, pada April tahun ini.

Untuk konsert sulungnya di DFP itu, Hafiz akan membawa penonton menyusuri perjalanan seninya melalui lagu-lagu seperti Noktah Cinta, Masih Jelas, Ku Akui, Matahari Tak Cukup Indah, I Believe I Can Fly dan beberapa medley menarik.

Turut dialunkan kelak ialah Muara Hati dan Ombak Rindu bersama pasangan duet yang dirahsiakan sebagai tarikan pada persembahan malam tunggal berkenaan.
Konsert berdurasi 70 minit itu bakal diiringi oleh barisan pemuzik-pemuzik handalan di bawah pimpinan Aubrey Suwito. – Murai

Nana, Isteri Sein Dah Berhijab

Nana, Isteri Sein Dah Berhijab


Nana, Isteri Sein Dah Berhijab


Sudah lama tidak mendengar perkhabaran terbaru mengenai Noor Diyana Muhammad yang merupakan isteri kepada pengarah filem Langgar, Syed Hussein Syed Mustafa atau lebih dikenali dengan nama Sein Ruffedge.

Noor Diyana atau Nana sebelum ini pun pernah menceburi bidang seni dengan mengganggotai kumpulan FO3 yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Mentor.

Setelah mendirikan rumah tangga dengan Sein, Nana lebih banyak menumpukan perhatian terhadap keluarganya serta dua anak comel mereka iaitu Syed Taariq Alqudsy, 6 dan Sharifah Inaiya Alqudsy, 4 tahun.

Menerusi akaun Instagramnya, Nana banyak berkongsi gambar terbarunya yang kini sudah tampil berhijab penuh.

Semoga Nana terus istiqamah dengan imej barunya itu dan semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

NANA


NANA2


NANA3

Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha!

Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha


Nora Terkejut Dengar Nama Anak Fasha!


Pelakon Nora Danish mengatakan dia berasa sedikit terkejut apabila pertama kali mendengar nama anak Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli iaitu Putra Rayfal Ramli yang dilahirkan pada Isnin lalu.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Nora berkata, “Alhamdulillah, selamat semuanya. Apapun, saya juga terkejut kerana Fasha dan Rizal menamakan anak mereka hampir sama dengan anak saya, Putra Rayqal Ramli.

“Apapun, kita harap yang terbaik buat semua,” kata aktres yang popular dengan sitkom Puteri ini.

Baguslah begitu, diharapkan hubungan baik Nora dan Fasha kekal buat selamanya dan semoga kedua-dua anak mereka membesar dengan baik, bijak serta sihat tubuh badan.

Hans Isaac Tidak Mahu Kisah Cinta Dengan Neelofa Jadi Tumpuan

Hans Isaac dan Neelofa kelihatan mesra sekali semasa sidang media filem Lemak Kampung Santan beberapa hari lepas, namun, Hans menyatakan yang dia tidak mahu gosip cintanya diberi tumpuan. Menurutnya, gosip cinta dengan Neelofa tidak akan membantu menarik perhatian penonton ke pawagam untuk menonton filem itu.

Malah, Hans mengakui jalan cerita filem itu klise, iaitu mengenai seorang arkitek yang datang ke sebuah kampung untuk bekerja, lalu jatuh cinta dengan perempuan kampung yang pandai memasak nasi lemak. Tetapi dia ada sebab tersendiri menampilkan jalan cerita seumpama itu. Katanya ia mudah diterima oleh masyarakat penonton filem di Malaysia.


Menurut Hans lagi dia tidak mahu kehidupan peribadinya diberi fokus berlebihan, sebaliknya dia hanya mahu dikenali kerana filem-filem yang dihasilkannya setelah bersara nanti. Info asal Red Carpet. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar We Love Neelofa.








Keek : Nas-T Ucap Sayang Pada Nabila Huda

Nabila Huda & Nas-T

Sebentar tadi, Nabila Huda telah memuat-naik sebuah video Keek dimana dia dan Nas-T sedang bercuti di Australia.

Menerusi video tersebut, mereka berdua kelihatan bahagia bersama dan kalau dikira masanya, kini mereka sedang berada di Gold Coast selepas menghabiskan masa di Sydney Opera.

Namun, apa yang menarik perhatian OHBULAN! ialah pada dialog terakhir mereka. Nabila tiba-tiba bertanya pada Nas-T, “Sayang saya tak?”

Wahhh, bukan main ‘sweet’ lagi pasangan ini ya. Para peminat turut sama meluahkan rasa gembira melihat hubungan cinta antara Nabila dan juga Nas-T.

Apa pun, semoga Nabila Huda dan Nas-T cepat membawa perkara gembira ini ke jinjang pelamin. Biasalah, takut nanti awal-awal elok dipandang, lama kelamaan ada pula yang mengata. Kan.

Jom tengok video Keek mereka berdua selepas ini!

Jay Park Bakal Meriahkan Konsert Mizz Nina

Jay Park - Mizz Nina


Jay Park Bakal Meriahkan Konsert Mizz Nina


Penyanyi popular Korea, Jay Park yang berduet dengan Mizz Nina menerusi single terbaru penyanyi wanita itu yang berjudul Around The World bakal turun ke Malaysia pada bulan Mei depan.

Perkara ini disahkan oleh Mizz Nina menerusi satu sidang media sempena mengumumkan konsert pertama beliau yang diberi nama Around The World Concert yang akan berlangsung pada 18 Mei depan.

Mizz Nina yang juga merupakan isteri kepada Noh Hujan ini mengatakan adalah menjadi impiannya sejak dulu lagi untuk menghadiahkan sebuah konsert khas buat para peminatnya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Mungkinkah Colby O’Donis dan Flo Rida juga turun ke Kuala Lumpur untuk memeriahkan konsert itu juga nanti?

Mereka pun pernah berduet sama dengan Mizz Nina sebelum ini, mana tahu ada pihak yang sudi menaja kehadiran mereka ke sini juga kan.

Buat Mizz Nina, ‘break a leg’ untuk konsert sulung anda nanti ya!

Thursday, April 18, 2013

Saya Tak Merajuk Kalah, Hormati Reaksi Tasha Shilla – Neelofa

Alang-alang sudah bercerita mengenai Neelofa di bawah, apa kata Kami sambung sedikit mengenai Neelofa dan ABPBH2012. Secara jujur, agak kecewa atas kegagalan Neelofa merangkul sebarang anugerah walaupun tercalon sehingga 4 kategori.

neelofa
Walaupun tewas, Neelofa tidak terkilan dan mengakui yang bukan rezekinya kali ini untuk menang. Kata Neelofa:-
Lofa tidak ada rasa kecewa sebab kita tahu yang kak Fara pernah menang sebelum ini. Bagi Lofa, peminat Lofa dah cuba yang terbaik. Mungkin Lofa perlu masa untuk perbaiki pengacaraan Lofa. Atau mungkin belum masanya Lofa menang. Lofa tak merajuk dan mungkin itu bukan rezeki

neelofa

Salah satu kontroversi yang berlaku di ABPBH2012 ialah reaksi Tasha Shilla yang dikatakan “over” ketika mengumumkan kemenangan Fara Fauzana. Apabila ditanya mengenai hal ini, Neelofa memberitahu yang dia tidak melihat apa yang telah terjadi. Kata Neelofa:-
Sejujurnya Lofa tak tengok reaksi Tasha ketika tu sebab Lofa tengah bersedia di belakang pentas untuk catwalk. Keesokan harinya, kak Fara Fauzana menghubungi saya dan bertanya, “adik, awak okay dengan Tasha Shilla?” Lofa tanya, kenapa pula? Kemudian kak Fara kata, Tasha tak sepatutnya buat reaksi macam tu… dia tak tahu ker kita ni baik. Lofa cakap, “takper, biarlah”. Lofa langsung tak tengok bagaimana reaksi dia ketika itu dan Lofa cuma ada tengok komen-komen di Instagram yang mengatakan dia berlaku biadap dan Lofa tak mahu bersuara apa-apa. Bagi Lofa, Lofa tetap hormati dia.

neelofa

Sikap sebegini harus dipuji dan patut diamalkan oleh setiap insan. Kalau tak berjaya, usaha lebih keras lagi. Dan tak perlu membesar-besarkan perkara yang remeh. Kepada Neelofa, teruskan usaha anda. Tingkatkan lagi mutu lakonan dan pengacaraan. Moga suatu hari nanti bakat anda akan diakui orang ramai.

sumber : beautifulnara

Trend Super Cute : Video Viral Aksi Comel Gwiyomi Di YouTube.. Apa Itu Gwiyomi?

Trend Super Cute : Video Viral Aksi Comel Gwiyomi Di Youtube.. Apa Itu Gwiyomi?


Trend Super Cute : Video Viral Aksi Comel Gwiyomi Di YouTube.. Apa Itu Gwiyomi?


SEBELUM ini kita ada tarian Gangnam Style.. kemudian ada pula Harlem Shake. Dan sekarang ini ada pula video viral Gwiyomi. Apa pula Gwiyomi ( Giyomi ) ini?

Lagu Gwiyomi, atau Kiyomi Song, adalah satu lagu K-pop oleh penyanyi dari Korea Selatan iaitu Hari dan telah dilancarkan pada 18 Februari 2013.



Tarian lagu ini telah diilhamkan oleh rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang juga dipanggil Gwiyomi Player dalam rancangan BToB MTV DiaryMany, yang menjadi meme Internet popular pada bulan Oktober 2012.



Rapper K-pop terkenal Jung Il Hoon yang mencipta tarian tangan comel Gwiyomi

Tarian gestur tangan yang comel Gwiyomi ini mempunyai gerak tarian yang tersendiri dan video parodi Gwiyomi yang telah dimuat naik dilaman Youtube ada lebih dari 10,000 video dan sekarang ini tarian tersebut telah popular di beberapa buah negara Asia termasuklah Filipina, Singapura, Thailand, China, Jepun dan juga Malaysia.

Gwiyomi Malaysia? Banyak…layanlah salah satu darinya…macam-macam hal….

Macam-macam hal…

GAMBAR - Pra Perkahwinan Suraya HOT FM & Joe

Abang Nara kadang-kadang sering tertanya-tanya rupa bentuk wajah di sebalik suara deejay-deejay radio. Kalau dulu memang tak tahu langsung. Nasib baik sekarang ini deejay radio pun dah popular tahap keluar masuk suratkhabar. Apa pun, Abang Nara nak ucapkan tahniah buat Suraya HOT FM yang bakal mendirikan masjid tidak lama lagi.

suraya hot fm


Suraya bakal berkahwin dengan jejaka pilihannya yang bernama Joe. Majlis pernikahan mereka akan berlangsung pada 27 April ini. Pasti Suraya sedang berdebar-debar. Yang penting seminggu selepas nikah jangan lupa keluar mengundi.


suraya


8 lagi gambar pra perkahwinan Suraya HOT FM dan Joe dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada Ministry of Moment yang merupakan jurugambar rasmi majlis perkahwinan ini.



suraya hot fm


suraya hot fm


suraya hot fm


suraya hot fm


suraya hot fm


suraya hot fm


suraya hot fm


suraya hot fm

kredit : beautifulnara
Related Posts with Thumbnails