Monday, April 15, 2013

Adik-beradik Bruno Mars terjun dunia seni



Adik-beradik Bruno Mars terjun dunia seni
Klip video The Lylas untuk single pertama, Come Back. - Foto ihsan Youtube The Lylas

EMPAT adik-beradik penyanyi terkenal, Bruno Mars turut terjun dalam dunia nyanyian dengan membentuk sebuah kumpulan, The Lylas.

Bruno atau nama sebenarnya Peter Hernandez semakin dikenali menerusi album pertamanya, Doo-Wops & Hooligans pada tahun 2010.

Sebelum popular sebagai penyanyi solo, Bruno sudah dikenali sebagai produser dan penulis lagu kepada Alexandra Burke, Travie McCoy, Adam Levine, Brandy, Sean Kingston dan Flo Rida.

The Lylas (Love You Like A Sister) dianggotai Tahiti Hernandez, Tiara Hernandez, Presley Hernandez dan sepupu Bruno, Jaime Kailani.

The Lylas dikatakan mahu berjaya tanpa bantuan abangnya yang cukup dikenali di seluruh dunia.

“Kami mahu berusaha dengan cara kami dan biar dia (Bruno Mars) dengan caranya, kami dengan cara kami.

“Selagi kami mendapat cinta dan sokongan keluarga, itu saja yang kami perlukan,” kata Tahiti.

Tiara menambah, “ada ramai orang yang kami mahu bekerjasama sebelum kami bekerja dengan Bruno.”

The Lylas tampil dengan single pertama berjudul, Come Back.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails