Friday, April 5, 2013

Finas: Pelakon Harus Bijak Memilih

Raja Rozaime Raja Dalnish Shah


Finas: Pelakon Harus Bijak Memilih


Kebelakangan ini industri perfileman negara kita dikejutkan dengan adegan ranjang yang melibatkan pelakon beragama Islam.

Pertamanya, filem Mencari Cinta yang menyelitkan adegan di atas katil melibatkan pelakon Rusdi Ramli dan Nora Danish serta video adegan malam pertama melalui filem Sembunyi: Amukan Azazil yang dilakonkan Remy Ishak dan Diana Danielle.

Banyak pihak yang mengkritik serta mencemuh tindakan pelakon yang sewenang-wenangnya melakonkan aksi itu tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Timur serta agama Islam itu sendiri.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Raja Rozaime Raja Dalnish Shah berkata, “memang saya akui, kebanyakan pelakon dan produksi semakin berani dengan menampilkan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan budaya kita.

“Namun, Finas hanya mampu menasihati dan menegur tindakan itu kerana ia menjadi tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF),” katanya kepada Sinar Harian Online.

Raja Rozaime turut menyelar pelakon juga harus bijak memilih untuk melakonkan sebarang aksi.

“Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan sesiapa, jika artis itu sendiri sanggup melakukan aksi sedemikian,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails