Friday, April 5, 2013

Keluarga Restu Hubungan Pekin Dan Uqasha

Pekin Dan Uqasha


Keluarga Restu Hubungan Pekin Dan Uqasha


Hubungan mesra di antara pasangan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose kini sudah diketahui semua peminat industri hiburan tempatan.

Uqasha ialah kakak kepada pelakon remaja yang semakin meningkat naik iaitu Nelydia Senrose turut pernah berkongsi gambar mesra mereka bercuti bersama keluarga Uqasha di Phuket, Thailand baru-baru ini di laman Instagramnya.

Bercakap kepada Media Hiburan, Pekin mengakui dia sedang berkawan rapat dengan Uqasha dan kini masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Pekin turut mendedahkan hubungan mereka mulai rapat sejak enam bulan lalu.

Tambah menarik, hubungan kedua mereka seakan direstui keluarga kedua-dua belah pihak apabila Pekin mengakui sudah berbincang untuk membawa hubungan ini ke fasa yang seterusnya.

“Keluarga merestui hubungan kami dan mereka juga sudah saling kenal mengenali. Malah, mereka sudah berjumpa untuk berbincang untuk membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih serius,” katanya.

Semoga niat baik kedua mereka untuk mendirikan masjid dipermudah dan direstui semua pihak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails