Sunday, April 14, 2013

Noniswara BERSEMUKA Artis Yang Merosak Rumah Tangganya!

Noniswara BERSEMUKA Artis Yang Merosak Rumah Tangganya!


Noniswara BERSEMUKA Artis Yang Merosak Rumah Tangganya!


KUALA LUMPUR – Pelakon Noniswara mendedahkan telah bersemuka dengan seorang artis wanita yang dikatakan menjadi penyebab keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rosman Ridzwan sehingga dia membuat keputusan untuk bercerai.

Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia terpaksa bertemu dengan wanita tersebut bagi mendapatkan penjelasan tetap menemui jalan buntu.

“Sebelum bertemu dengan wanita berkenaan saya ada bercakap dan berbalas SMS dengannya bagi membincangkan perkara yang melanda dalam rumah tangga saya sehingga ia membawa kepada kehancuran.

“Bagaimanapun dia tidak mengakui perbuatan dan kesilapan yang telah dilakukan,” jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis.

Pada perbicaraan tersebut, Noniswara memberitahu mahkamah suaminya enggan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penceraian mereka dan gagal dihubungi bagi menyerahkan surat saman berkaitan permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Noniswara berkata, dia tidak berhasrat untuk mendedahkan siapakah artis wanita berkenaan kerana yakin segelintir pihak sudah tahu siapakah dalang yang menyebabkan keruntuhan rumah tangganya yang dibina selama empat tahun itu.

“Rasa-rasanya tidak perlu saya sebut siapa wanita berkenaan kerana rasanya semua orang sudah tahu. Tidak perlu saya memburukkan keadaan sekarang,” jelasnya.

Tambah Noniswara, sebelum ini dia tidak berhasrat untuk bercerai selepas mengetahui kehadiran orang ketiga itu dan berharap suaminya akan kembali ke pangkal jalan.

Namun apabila masalah itu berlarutan sehingga beberapa bulan, dia mendapati tiada penyelesaian yang mampu menyelamatkan perkahwinan mereka selain membuat keputusan untuk bercerai.

“Saya hadir ke mahkamah kerana sudah bersedia untuk kembali hidup sendiri,” katanya.

Sementara itu, Noniswara berkata, dia berharap proses penceraiannya dengan Rosman akan berakhir dengan baik kerana dia tidak mahu kes itu berpanjangan.

Malah dia juga tidak mahu kisah buruk mengenai perkahwinan mereka terbongkar dan menjadi paparan orang ramai sekiranya kes berkenaan tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.

Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails