Peminat Adi Putra Pertikai Keputusan ABPBH
Biarpun majlis Anugerah Bintang Popular (ABPBH) sudah seminggu berlalu, namun seperti biasa masih lagi kedengaran pahat-pahat yang berbunyi selepas majlis itu berlangsung.
Semalam, peminat setia pelakon kacak kelahiran Singapura, Adi Putra yang mengelarkan diri mereka sebagai Hot Lovers telah mempertikaikan keputusan yang telah diumumkan seminggu yang lalu.
Malah, mereka turut meminta penganjur serta pengelola majlis tersebut iaitu Hanizam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Kak Cham untuk memberikan penjelasan mengenai jumlah undi sebenar yang diterima oleh para pemenang ABPBH.
Jumlah undian didedahkan menerusi sisipan akhbar mingguan Berita Minggu, BiPop di mana jumlah undian untuk Adi Putra direkodkan sebanyak 24 ribu sahaja sedangkan jumlah undian sebenar yang dihantar oleh mereka ialah sebanyak 42 ribu undian untuk pelakon kesayangan mereka itu.
Mungkin kesilapan berlaku semasa artikel itu ditulis, yelah mana tahu penulis tersebut tersilap menaip angka 4 dan 2 itu.
Buat peminat Adi Putra, jangan marah-marah. Cuba lagi tahun depan. Mana tahu rezeki Adi Putra pula menang Bintang Paling Popular pula tahun depan. Mana tahu kan?
0 comments:
Post a Comment