Thursday, April 11, 2013

Radhi OAG Tak Fikir Pasal Kahwin Lagi

Radhi OAG


Radhi OAG Tak Fikir Pasal Kahwin Lagi


Penyanyi kumpulan Old Automatic Garbage (OAG), Radhi Razali, 36, menyatakan buat masa ini dia masih tidak memikirkan mengenai perkahwinan walaupun kini sedang hangat bercinta dengan gadis berusia 20 tahun, Ayu.

Radhi berkata kepada Malaysian Digest, “saya tak rasa dalam tahun ini (kahwin). Dia pun muda lagi, kalau dia nak sambung belajar pun, saya tak halang”.

Buat masa ini, dia mahu memberi masa kepada kekasihnya itu untuk belajar menerima anak tunggal kesayangannya, Mohd Rifdhi Muslim yang kini sudah berusia lapan tahun.

Selain itu, sejak menjalinkan hubungan dengan Ayu, Radhi juga menyatakan dia kini semakin bahagia selain dirinya lebih fokus dengan kehidupannya.

“Saya lebih kuat bila dia ada. Dia juga banyak membantu saya. Sejak saya dengan dia, saya dah kurang merokok. Sebab kalau saya merokok, dia merajuk. Jadi saya tak nak pening-pening kepala, saya jaranglah merokok sekarang.

Semoga perubahan positif yang dilakukan Radhi diterima baik oleh semua pihak serta diharapkan karier muziknya semakin berkembang maju seperti zaman kegemilangan OAG sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails