Tuesday, April 16, 2013

Ramona Nafi Bengang Dengan Fouziah Ghous

Ramona


Ramona Nafi Bengang Dengan Fouziah Ghous


Sebelum ini terdapat ura-ura yang mengatakan pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Ramona Zam Zam bengang dengan pelakon Fouziah Ghous apabila dikhabarkan Fouziah merampas teman lelakinya.

Dalam kenyataannya kepada Utusan, Ramona telah mengesahkan Fouziah kini menjalin hubungan dengan bekas teman lelakinya.

“Kami sempat bercinta selama sembilan bulan. Dia bukan orang dalam industri. Dia cuma lelaki biasa sahaja. Selepas (putus dengan) Sahee, saya hidup solo lebih kurang setahun setengah. Kemudian baru bertemu dengan lelaki ini sebelum putus dan dia kini dengan Fouziah”.

Ramona yang berasal dari Ipoh ini juga enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya dia bengang dengan Fouziah kerana merampas teman lelakinya itu.

“No comment, apa yang boleh saya katakan, baik dia atau saya, kami berdua tahu apa perkara sebenar yang berlaku. Jadi untuk dia, semoga berjayalah ya,” jelas Ramona lagi.

Mungkin sudah tidak tertulis jodoh di antara Ramona dengan bekas teman lelakinya itu dan diharapkan Ramona bersabar dan teruskan fokus dalam bidang kerjayanya yang kini semakin menyerlah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails