Wednesday, April 3, 2013

Simon Cowell Cari Bakat Seluruh Dunia Menerusi 'YouTube'



Simon Cowell

SETELAH berjaya mencungkil bakat-bakat baru melalui program American Idol dan X Factor, Simon Cowell bakal tampil dengan program pencarian iaitu The You Generation.

Program realiti ini berbeza dengan program American Idol dan X Factor apabila beliau bekerjasama dengan laman sosial YouTube dan menjalankan pencarian melalui dalam talian di seluruh dunia.

"Misi kami adalah untuk mencari bintang baru dunia YouTube dan menampilkan bakat tersebut melalui The You Generation," ujar Simon seperti dipetik wallpaphd.com.

Dia yakin saluran Internet mampu melahirkan selebriti baru merentasi seluruh dunia.

Kejayaan artis kelahiran YouTube seperti Justin Bieber, Susan Boyle, Dondria, dan Alex Day memperkuatkan bahawa YouTube menjadi platform yang paling baik.

Program ini dilancarkan di 26 buah negara bermula 20 Mac lalu dan berlangsung selama 52 minggu.

Setiap peserta akan dinilai oleh juri-juri yang berpengalaman dalam bidang muzik. Finalis akan dipilih setiap dua minggu dan pemenang akan diumumkan pada setiap Jumaat minggu kedua.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails