Yasmin Hani Jadi Mangsa Ragut
Pelakon yang baru saja melancarkan jenama pakaiannya sendirinya, Yasmin Hani Richardson berdepan dengan insiden buruk apabila tingkap keretanya telah dipecahkan oleh peragut yang cuba meragut beg tangannya pagi tadi.
Walaupun begitu, peragut terbabit tidak sempat untuk meragut tas tangan Hani dalam kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Mutiara Damansara itu.
Ketika kejadian, Hani dikhabarkan sedang menuju ke sebuah lokasi penggambaran.
Menurut suami Hani, Shaarin Razali, 49, ketika dihubungi Murai berkata isterinya masih lagi terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun tetap ke lokasi penggambaran selepas membuat laporan polis.
“Saya juga agak terkejut apabila diberitahu berita ini. Tapi Alhamdulillah dia (Yasmin) berada dalam keadaan baik. Cuma tangannya saja yang luka sedikit kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil.
“Kejadian berlaku begitu pantas. Dia berhenti di lampu isyararat dan selepas itu dia dapati cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta dan kemudian terus cuba menarik tas tangan Hani.
“Dalam keadaan panic, Hani menarik semula beg tangan berkenaan daripada diambil dan dalam masa yang sama menjerit. Kemudian peragut berkenaan terus lari,” kongsi Shaarin.
Tambah Shaarin, isterinya itu sudahpun membuat laporan polis sejurus sahaja selepas kejadian berlaku dan kemudian menghantar kenderaan dua pintunya itu ke bengkel berhampiran supaya cermin keretanya dapat dibaiki dengan segera.
Diharapkan kejadian yang menimpa Hani ini boleh dijadikan pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati serta tidak meletakkan sebarang barang berharga di tempat duduk dalam kereta anda.
Buat Hani diharapkan lukanya agar segera sembuh ya!
0 comments:
Post a Comment