Tuesday, May 21, 2013

Afiq Muiz Dedahkan Dua SMS Dari Ibunya

ohartis-afiq-muiz

“Kau tunggu balasan Allah! Maka Jahanamlah Kau! Mati lah kau!” Itulah antara ayat yang ada di dalam SMS yang menerjah masuk ke dalam handphone Afiq Muiz. Semalam heboh satu Malaysia apabila isu Afiq Muiz dipaparkan di Melodi dan telah menimbulkan kekeliruan orang ramai tentang mana satu pihak yang lebih betul samaada Afiq Muiz atau ibunya. Penjelasan dari ibu saudara Afiq Muiz di Melodi semalam juga agak mengejutkan apabila dia menasihati ibu Afiq agar bertaubat dan tidak memperlakukan seorang anak yang baik seperti Afiq begitu lagi. Beribu respon pembaca diterima apabila kami bertanyakan hal tersebut di Facebook Oh! Media. Anda boleh ikuti pandangan orang ramai melalui link ini.

Apapun hari ini di dalam sebuah akhbar, Afiq Muiz ada mendedahkan 2 buah SMS yang dihantar oleh ibunya.
SMS : Kau tunggu balasan allah, hari ni dia bagi kau senang, esok lusa kalau dia nak cacat kan kau atau apa saja, tiada yang dapat melarangnya, aku cuma nak ingatkan kau sebelum terlambat.

SMS 2: Kau yang pilih jalan jahanam. Maka jahanam la kau. Mati kau mati dengan azab. Aku x akan ampun dosa kau.

Apapun suka Oh! Artis menasihatkan sebagai ibu, biarpun syurga itu di bawah telapak kaki ibu sekalipun, ibu sepatutnya lebih professional dan matang dalam mengasuh dan memberi contoh yang baik kepada anak. Dari bahasa sahaja sudah tidak menggambarkan peribadi yang baik perlu dicontohi si anak. Mungkin juga si ibu dah bengang dengan respon dari anak dia yang berdegil dan keras hati. Ibu mana yang tidak marah kan?

Entahlah apapun diharapkan kes pergaduhan dua beranak ini dapat diselesaikan dengan baik. Usahlah terus memalukan diri sendiri lagi. Dan kepada “pelakon ekstra” dalam masalah keluarga ini, tak perlulah nak menangis lebih-lebih di kaca TV kerana nampak plastik sangat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails