Dianjurkan khas oleh syarikat AIA, konsert ini membawakan tema “Be real. Love it. Live it“. Hanya 2,000 keping tiket akan dibuka untuk jualan. Jadi kalau anda berminat untuk menghadiri konsert ini, sila pastikan anda melakukan pendaftaran di laman web AIA Kpop untuk mendapat harga istimewa.
Tiket-tiket yang berharga RM250-RM450 akan dijual di TicketCharge outlets bermula 20 Mei iaitu hari ini. Jadi siapa cepat dia akan dapat. Selain daripada menonton konsert, pelbagai aktiviti bakal dianjurkan untuk memeriahkan lagi konsert ini.
Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda peminat Beast, 4Minute dan G.NA, inilah peluang anda untuk menyaksikan kehebatan mereka beraksi secara langsung. Untuk info lanjut, layari www.aiakpop.com.my.
0 comments:
Post a Comment