Cita Rasa Makanan Berbeza Sukarkan Jehan, Isteri
PETALING JAYA – Pelakon Jehan Miskin masih sukar menyesuaikan diri soal pemilihan makanan dengan isterinya, wanita Korea iaitu Julie Camelia Rhee setelah hampir tiga minggu mendirikan rumah tangga.
Kata Jehan, 34, kedua-dua mereka kebiasaannya akan tetap mengikut cita rasa masing-masing dari apabila menjamu selera.
“Soal memilih makanan yang menjadi masalah bagi kami. Saya tidak boleh makan makanan seperti susyi yang rare (kurang masak), ‘shahimi’ dan makanan-makanan asli Korea yang lain.
“Isteri pula tidak makan daging kambing atau makanan-makanan Melayu terutama yang pedas cuma ada beberapa makanan seperti nasi lemak dan ‘yong tau foo’ yang dia boleh makan,” katanya kepada mStar Online, pada Rabu.
Bagaimanapun perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi pasangan ini yang sudah lima tahun bercinta.
Bercakap soal budaya Melayu, Jehan berkata, isterinya sudah banyak belajar sejak bekerja di negara ini pada 2009.
“Dia tidak ada masalah dengan budaya kita, malah dia sendiri memang menyenangi kehidupan masyarakat Malaysia dan sudah selesa tinggal di sini,” katanya yang belum merancang untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat.
Sementara itu, pasangan ini merancang untuk berbulan madu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti di lokasi yang masih dalam pilihan.
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 5 Mei lalu di Carcosa Seri Negara setelah tiga tahun bercinta.
Dalam perkembangan lain, Jehan kini sedang sibuk mengarah drama 13 Episod yang bakal ditayangkan di 8TV pada 1 Jun ini.
“Ini merupakan drama kedua arahan saya yang berkisarkan tentang seram dan misteri, setakat ini baru habis penggambaran episod 9,” katanya. – mStar
0 comments:
Post a Comment