Gambar Neelofa Selam Skuba Dengan Fahrin
Pelakon dan pengacara cantik, Neelofa Mohd Noor kini sedang menjalani penggambaran filem adaptasi novel popular, Pilot Cafe arahan pengarah Osman Ali di Terengganu.
Selain Neelofa, artis lain yang terlibat dalam filem berskala besar itu ialah Fahrin Ahmad, Remy Ishak dan Izara Aishah.
Apa yang menariknya, Neelofa sempat berkongsi video Keek selepas dirinya dan Fahrin menyelam skuba di Pulau Redang malah sempat berkongsi pengalamannya itu secara ringkas buat tatapan peminat setianya.
Malah, Neelofa turut berkongsi gambarnya sepanjang berada di sana bersama rakan artisnya yang lain.
0 comments:
Post a Comment