Harap Kes Khalwat Jadi Pengajaran Buat Shahz
KUALA LUMPUR – Pelakon Miera Leyana berharap kejadian ditangkap khalwat yang menimpa bekas kekasihnya pelakon Shahrizal Jaszle menjadi satu pengajaran buat pelakon tersebut.
Miera, 20, berkata, Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah dapat berhadapan dengan perkara tersebut dengan tabah.
“Saya terkejut dan ingat perkara tersebut hanya gurauan apabila diberitahu oleh salah seorang pelakon, tapi apablia terbaca di internet baru saya percaya.
“Bagi saya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan saya harap dia mengambilnya sebagai satu pengajaran buatnya,” ujarnya.
Miera berkata demikian ketika diminta mengulas tentang bekas kekasihnya Shahrizal jaszle, 25, yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor di sebuah unit apartment Taman Sri Subang, Khamis lalu.
Kata Miera, sebagai kawan dia bersimpati dengan kejadian tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan nama Shah sebagai pelakon.
“Kesian dekat dia juga sebab mungkin kejadian sebenar kita tidak tahu dan mungkin juga dia diperangkap.
“Saya harap dia dapat hadapi dengan tabah,” katanya.
Tambahnya, sejak putus cinta dengan pelakon Cinta Bertaut Di Abu Dhabi itu, dia jarang berhubung antara satu sama lain.
“Kami tidak berhubung lagi lepas putus, hubungan pun hanya sebagai rakan artis sahaja.
“Masing-masing buat hal sendiri dan ini kali pertama saya baca berita tentang dia selepas berpisah,” katanya. - mStar Online
0 comments:
Post a Comment