Thursday, May 23, 2013

Ibu Nafi Eina Azman Kaki Kikis: ‘Saya Mampu Tanggung Makan Minumnya’

Ibu Eina Azman


Ibu Nafi Eina Azman Kaki Kikis: ‘Saya Mampu Tanggung Makan Minumnya’


Masih belum reda lagi cerita panas yang melibatkan pelakon baru Afiq Muiz dengan ibu kandungnya, Hasliza Mohd dan kini ibu Eina Azman, Amy Roshaida pula tampil memberikan kenyataan menafikan dakwaan anaknya merupakan seorang kaki kikis seperti yang dikatakan oleh ibu Afiq sebelum ini.

Menerusi Harian Metro, Amy berkata, “Eina tidak pernah mengikis wang Afiq kerana saya mampu menanggung makan minumnya. Tambahan pula saya menganggap Afiq seperti anak sendiri kerana dia sering mengadu masalah selepas keluar rumah. Saya harap selepas ini tidak timbul lagi isu Eina dituduh mengikis wang Afiq kerana saya mempunyai wang untuknya”.

Sementara itu, Eina Azman tetap meneruskan hasratnya untuk menyaman ibu Afiq selepas Hasliza enggan meminta maaf seperti yang dituntut Eina sebelum ini.

Harapnya perselisihan faham ini akan segera berakhir dan semoga kesemua pihak yang terlibat dapat mengenepikan ego masing-masing agar ikatan kekeluargaan di antara ibu dan anak tidak terputus sampai bila-bila.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails