Friday, May 31, 2013

Izara Aishah Bakal Dedah Cinta Hati

Izara-Aishah-(2)

Saban hari bintang pelakon cantik jelita Izara Aishah semakin menyinar. Melalui senyuman manisnya terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di wajah pulusnya, Izara tanpa berselindung lagi mengakui bahawa dia kini sudahpun memiliki cinta hati.

Izara kerap berbicara soal cinta hatinya, namun dia bijak sekali menyembunyikan identiti cinta hatinya yang penuh misteri itu tanpa pengetahuan umum. Sudah pasti ramai peminat yang ingin mengetahui siapakah yang bertuah memiliki hati gadis cantik ini begitu juga kami.

Kehadiran cinta hatinya, benar-benar memberikan semangat dan sentiasa membuat dia berada dalam mood yang ceria, malah Izara juga mengakui bahawa cinta hatinya sentiasa menemaninya di mana sahaja dia berada.

Namun, persoalannya bilakah Izara akan mendedahkan siapakah gerangan cinta hatinya itu? Kami yakin pilihan Izara pasti yang terbaik untuk dirinya. Para peminat Izara juga sudah pasti turut gembira dengan berita ini dan tidak sabar-sabar lagi menanti saat Izara mendedahkan siapa cinta hatinya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails