Thursday, May 30, 2013

Izreen Rasa Lebih Feminin Sejak Mengandung

Izreen Rasa Lebih Feminin Sejak Mengandung


Izreen Rasa Lebih Feminin Sejak Mengandung


Pelakon Izreen Azminda sebelum ini memang terkenal dengan imej lasak dan kasar sementelah dia pun pernah tampil dengan imej berambut pendek sejak awal kemunculannya di persada seni tanah air.

Namun akui pemilik nama penuh Izreen Azminda Aznam ini sejak dirinya hamil, perlahan-lahan imej feminin mula meresap dalam dirinya.

“Mungkin inilah keistimewaan mengandung, saya menjadi lebih feminin dan rajin memasak. Bayangkan selama ini, saya tidaklah rajin sangat memasak dan kemahiran juga tidak seberapa.

“Sejak duduk di rumah, saya membeli buku masakan dan rajin pula menerokai pelbagai resipi yang tidak pernah saya cuba sebelum ini,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Enggan mendedahkan jantina bayi yang dikandungnya, Izreen mengharapkan selepas cahaya mata sulungnya lahir nanti, dia mahu menjaga sendiri anaknya kerana tidak percayakan khidmat pembantu rumah.

“Saya hendak jaga anak sendiri sebab mahu menyusukannya. Kalau boleh, saya mahu bawa dia ke mana saja saya bekerja. Cuma kalau keadaan tidak mengizinkan saya terpaksa jugalah menggunakan pembantu rumah.

“Namun, saya tidak berani ambil risiko sebenarnya. Kalau boleh biarlah anak dijaga saya sendiri,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Izreen bakal tampil dengan filem terbaru berjudul Pecah yang bakal menjengah pawagam berhampiran anda bermula 13 Jun depan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails