Tuesday, May 28, 2013

Johan As’ari Sudah Ada Kekasih

Johan As'ari Sudah Ada Kekasih


Johan As’ari Sudah Ada Kekasih


Pelakon yang sinonim dengan watak antagonis, Johan As’ari mengakui kini dia dalam fasa mengenali hati seseorang dengan lebih dekat lagi.

Johan yang sebelum ini dikaitkan bercinta dengan aktres seksi Nabila Huda, menyatakan gadis itu adalah seorang warga kerja syarikat penyiaran yang sudah dikenalinya sejak dua tahun yang lalu.

“Apa yang boleh saya kongsi setakat ini, ada seorang di hati saya. Dia kakitangan syarikat penyiaran dan kami sudah kenal sejak dua tahun lepas. Selepas pulang dari Mekah, tak sangka saya bertemunya semula dan kami jadi rapat,” ulasnya

Ketika ditanya apakah ciri-ciri yang membuatkan dirinya tertarik kepada wanita tersebut, Johan berkata, “antara sebab utama saya sukakan dia kerana dia menjaga solat. Perkara itu penting bagi saya kerana solat tiang agama,” katanya lagi.

Johan turut berhasrat menyunting gadis pilihannya itu sekiranya ada jodoh di antara mereka dan tidak akan menyembunyikan berita baik itu di kalangan pihak media dan peminatnya di luar sana.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails