Kes Rogol Libatkan Mohd MENTOR ‘Settle’?
Tidak lama dahulu industri hiburan tempatan pernah digemparkan dengan satu kes rogol yang membabitkan juara program realiti Mentor musim ke 4 iaitu Mohd.
Mangsa yang juga merupakan peserta mentor musim ke 6 iaitu Zatul telah membuat laporan polis bahawa dirinya telah dirogol oleh rakannya itu.
Berkesempatan bertemu dengan Mohd di Sunway baru baru ini memberi kami peluang untuk bertanyakan tentang perkembangan kesnya apatahlagi ada ura-ura yang mengatakan dia dan juga Zatul mahu menyelesaikan kes mereka berdua ini di luar tanpa membawanya ke Mahkamah.
“ Settle’ dekat luar itu tidak mungkin, itu belah saya lah kalau belah pihak perempuan pula saya tak tahu kalau ada yang nak settle luar sebab saya pun tak dengar lagi apa-apa pun pasal hal ni.
“Bagi saya cukup jelas, tidak ada istilah untuk selesaikan perkara ini diluar mahkamah walaupun dia datang berjumpa dengan saya sekalipun. Bagi saya benda macam ni dia kena bersihkan nama saya dahulu dari segala tuduhan yang telah dia buat. Lepas tu nak cerita apapun ceritalah. Lagipun tuduhan yang dia dah buat tu bukan satu tuduhan yang ringan, dituduh merogol kot.”
“Kesannya sehingga kini saya tanggung. Malu tu jangan cakaplah. Job saya pun banyak yang ditarik balik dan ada yang tak berani nak ambil saya pun ia disebabkan kes dan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Sebelum dia ada niat nak selesaikan perkara ini diluar Mahkamah macam yang saya cakap tadi bersihkan nama saya dulu.
Tambah Mohd lagi dia sememangnya bernekad untuk tidak memaafkan Zatul diatas segala tuduhan yang dilemparkan. Tapi bagaimanapun terpulang juga kepada keluarganya sama ada mahu memaafkanya.
“Saya tengok family saya pun amat marah dengan apa yang berlaku. Saya pun tak rasa family akan memaafkan dia. Cuma apa yang diharapkan agar kes ini cepat selesai dan nama baik saya dapat dibersihkan supaya boleh mula kembali bekerja seperti biasa tanpa ada sebarang perkara-perkara yang negatif wujud pada diri saya.”
Mengakhiri perbualan, Mohd tegas mengatakan antara dia dengan Zatul kini sudah tidak berhubungan lagi apatahlagi telefon bimbit masing-masing kini berada dalam simpanan pihak polis bagi melancarkan siasatan kes tersebut. – buahmulut.com
0 comments:
Post a Comment