Thursday, May 30, 2013

Shae Tak Rasa Dimalukan Dengan Parodi Bobo

Shae


Shae Tak Rasa Dimalukan Dengan Parodi Bobo


Penyanyi baru Indonesia yang kini semakin terkenal dengan lagunya yang berjudul Sayang, mengakui tidak terasa dimalukan dengan tindakan bakat Youtube tempatan, Bobo apabila memparodikan lagu tersebut dengan cara yang cukup gedik.

“Tidak… saya langsung tidak terasa pun dengan apa yang dilakukannya terhadap lagu Sayang di dalam Youtube tersebut, apatah lagi dimalukan. Malah, saya berasakan apa yang dilakukannya itu sangat lucu sekali dan saya rasa dia juga seorang yang lucu,” kata Shae kepada murai.com.my.

Shae juga turut berasakan bahawa video parodi Bobo itu secara tidak langsung turut membantu mempopularkan lagunya (Sayang) itu secara lebih meluas lagi khususnya di negara ini.

“Ada yang kata tengok video Bobo itu dulu, baru tahu lagunya. Apapun, sekarang ini, Bobo sudah famous,” kata Shae sambil tertawa.

Pun begitu, Shae mengakui bahawa setakat ini, dia memang sama sekali tidak pernah berjumpa dengan Bobo.

“Tapi, kalau bercakap dengan dia, memang sudah pernah. Waktu itu saya diwawancara radio Era kira-kira sebulan yang lalu. Dalam perbualan saya dengan Bobo, dia beritahu bahawa dia memang suka dengan lagu Sayang itu. Ada juga beberapa perkara lain yang dia cakap.

“Tapi, saya tak mampu kongsi kerana saya ianya ditujukan khsus buat saya dan saya rasa biarlah saya seorang yang menyimpannya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails