Monday, June 10, 2013

Awal Ingin Bawa Scha Dan Keluarga Tunai Umrah

Awal Ingin Bawa Scha Dan Keluarga Tunai Umrah



Awal Ingin Bawa Scha Dan Keluarga Tunai Umrah


Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari menyatakan hasratnya mahu membawa seluruh ahli keluarganya dan isteri tercinta, Scha Al-Yahya untuk menunaikan umrah pada suatu hari nanti.

Tetapi perkara itu tidak akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat ini kerana komitmen kerjanya yang semakin padat sejak kebelakangan ini.

“Saya akan cari masa untuk mengerjakan umrah bersama keluarga saya dan Scha kerana itu niat saya,” katanya yang dipetik menerusi Harian Metro, hari ini.

Awal turut menyatakan sepatutnya semasa ulang tahun kelahiran Scha yang ke 30 lalu mereka berhasrat untuk menyambutnya di Barcelona, Sepanyol namun impian itu tidak kesampaian disebabkan kesibukan kerja mereka berdua.

Pada sambutan hari jadi Scha, Awal juga tidak ketinggalan memberikan hadiah paling bermakna iaitu sebuah vespa berwarna merah jambu yang menjadi idaman Scha sejak dulu lagi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails