Tuesday, June 4, 2013

Erin Malek Jual Pakaian Muslimah

Erin Malek


Erin Malek Jual Pakaian Muslimah


Sekarang semakin ramai golongan selebriti yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Ini merupakan suatu perkembangan yang positif kerana sekurang-kurangnya dengan perniagaan yang dimiliki dapat memberikan jaminan hidup yang lebih baik buat mereka di masa hadapan nanti.

Terbaru, pelakon kecil molek, Erin Malek, 20, turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan menjual pakaian muslimah yang dikongsinya bersama adik perempuannya.

“Sebenarnya dah lama saya impikan untuk ada jenama sendiri dan idea serta konsep fesyen yang saya mahu ketengahkan adalah Muslimah di mana ia merupakan idea adik perempuan saya sendiri.

“Dia bertudung dan fesyen Muslimah yang dia kenakan sentiasa menjadi perhatian menerusi laman sosial Instagram, jadi dari situlah idea ini mula timbul dan mungkin sebelum sambutan Aidilfitri ini kami akan mula keluarkan produk kami,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails