BAGAIKAN satu trend, golongan artis kini ramai yang memilih menceburi bidang perniagaan secara separuh masa tidak kiralah apa jua jenis perniagaan dijalankan.
Tidak ketinggalan, pelakon remaja, Erin Malik turut berjinak-jinak untuk memulakan perniagaan dengan memperkenalkan jenama fesyen tersendiri.
“Sebenarnya dah lama saya impikan untuk ada jenama sendiri dan idea serta konsep fesyen yang saya mahu ketengahkan adalah Muslimah di mana ia merupakan idea adik perempuan saya sendiri.“Dia bertudung dan fesyen Muslimah yang dia kenakan sentiasa menjadi perhatian menerusi laman sosial Instagram, jadi dari situlah idea ini mula timbul dan mungkin sebelum sambutan Aidilfitri ini kami akan mula keluarkan produk kami,”
Tahniah kami ucapkan kepada Erin Malik kerana berani menceburi bidang perniagaan dalam usia muda. Kami amat menyokong golongan artis lebih-lebih lagi yang telah menempa nama dalam industri hiburan menceburi bidang perniagaan.
0 comments:
Post a Comment