Friday, June 28, 2013

Nak Berlakon Suami Suruh Kuruskan Badan

Azad Paksa Eira Syazira Kuruskan Badan


Nak Berlakon Suami Suruh Kuruskan Badan


Bagi kebanyakan wanita yang sudah berkahwin, lazimnya pekara yang paling dibimbangkan adalah tentang bentuk badan menawan dan langsing mereka yang akan berubah terutama selepas melahirkan anak.

Tetapi lain pula bagi pelakon jelita Eira Syazira yang bukannya dia tidak risau mengenai perkara itu tapi cuma tidak terlalu memaksa diri untuk kembali mendapat kembai bentuk badan sewaktu zaman anak daranya dulu.

Bertemu Eira di majlis Seindah Ramadan TV3 di sebuah restoran di ibu kota kelmarin, Eira memberitahu dia kini mahu memastikan brat badannnya ditahap ideal kerana jika tidak, suaminya, pelakon dan pengacara Azad Jazmin tidak membenarkannya kembali aktif berlakon. Sebaliknya duduk di rumah menjaga anak.

“Masa dalam pantang, berat saya 80kg lebih. Tapi sekarang Allhamdulillah dah turun jadi 52kg. Sebenarnya Azad letak syarat, kalau saya nak aktif berlakon semula, saya kena kena dapatkan bentuk badan macam dulu. Kalau tak dapat, dia suruh saya jaga anak jer kat rumah.

“Jadi saya nak buktikan pada Azad yang saya boleh sahut cabaran dia. Saya diet sendiri. Sebenarnya dia takut saya gemuk sebab dia tak nak nanti saya dapat tawaran berlakon watak mak, mak. Dia nak saya dapat balik watak-watak macam dulu. Suami saya tu memang sarkastik sikit”, ujar Eira sambil tertawa.

Dia yang selamat melahirkan cahaya mata sulung, Amarra Sofea Rose pada 11 Januari 2013 lalu, kini masih lagi dalam penggambaran drama berantai 18 episod, Ramadan Yang Hilang. Drama tersebut bersiaran sejak 26 Jun menerusi slot Samarinda di TV3, jam 10. malam.

Dalam masa sama kata Eira, sejak bergelar ibu barulah dia memahami bertapa besarnya pergorbanan seorang ibu. Bahkan baginya masa 24 jam tidak mencukupi, iyalah manakan nak uruskan anak dan keluarga dan kemudian dia perlu berkejar ke lokasi penggambaran.

“Kadang-kadang tu rasa 24 jam memang tak cukup bagi saya. Siang saya sibuk dengan shooting. Habis shoot jer saya terus balik, anak pula dan tidur. Saya tak ada pembantu. Kalau keluar shooting, mak mentua yang tolong jaga anak saya. Kat set pula, saya asyik fikir pasal anak jer. Azad pun macam tu juga”, katanya yang turut berazam mahu menjadi isteri dan ibu yang terbaik.

Eira turut bersyukur kerana sejak Amarra lahir, rezeki mereka sekeluarga bertambah. Dia baru saja dilantik menjadi duta produk Ultra Shine Whitening akan dilancarkan pada 17 Ogos depan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails