PENYANYI yang menjadi juri American Idol, Nicky Minaj dan Mariah Carey meninggalkan rancangan realiti popular itu setelah menjadi juri untuk satu musim sahaja.
Masing-masing mengumumkan berita tersebut di laman mikro Twitter, baru-baru ini.
"Terima kasih American Idol atas pengalaman ini. Tak akan dapat digantikan dengan dunia. Tiba masanya untuk fokus pada muzik," tulis Nicky.
Mariah Carey pula dikatakan sedang sibuk mempersiapkan konsert jelajahnya.
Rating American Idol musim ini jatuh ke tahap terendah sepanjang 12 tahun sirinya bersiaran.
0 comments:
Post a Comment