Saturday, June 8, 2013

Selami Kehidupan Celepets Di Telefon Bimbit

Selami Kehidupan Celepets Di Telefon Bimbit


Selami Kehidupan Celepets Di Telefon Bimbit


KUALA LUMPUR – Tujuh selebriti popular yang menggelarkan diri mereka Celepets kini lahir dengan siri video realiti yang dapat ditonton terus oleh peminat mereka menerusi telefon pintar masing-masing.

Siri video realiti yang dikenali sebagai Celebrity Reel, mamaparkan kehidupan penuh glamor dalam dunia selebriti dan juga realiti yang ditunjangi Yasmin Hani, Sazzy Falak, Serena C, Dynas Mokhtar, Atilia Haron, Aishah Sinclair dan Daphne Iking.

Celepets yang diambil daripada singkatan Celebrity With Pet Projects, telah menjalinkan persahabatan untuk untuk jangk awaktu yang lama, dan dihormati sebagai artis dalam kapasiti berlainan iaitu sebagai seorang model, penyanyi, hos, ahli perniagaan, DJ dan pelakon.

Disebalik kehidupan glamor sebagai selebriti, ketujuh-tujuh rakan baik itu juga melalui kehidupan normal sebagai wanita, ibu, isteri serta rakan.

Sebagai sekumpulan kawan yang mempunyai latar belakang yang berbeza, mereka sentiasa menyokong dan membantu satu sama lain dalam usaha untuk meningkatkan kerjaya masing-masing dan mengekalkan persahabatan serta kasih sayang sesama keluarga.

Yasmin Hani sebagai salah seorang ahli Celepets menerusi kenyataan medianya berkata, bukannya mudah untuk menjadi seorang ibu, ahli perniagaan dan selebriti pada masa yang sama.

“Oleh kerana itu, Celepets bersama-sama melalui kehidupan yang indah, malah berkongsi kesedihan bersama dan telah mewujudkan satu ikatan yang unik. Mungkin kita hanya dapat melihat Celepets melalui skrin TV dan tidak dapat merasakan kepayahan yang dilalui sebagai selebriti seperti tiadanya privasi, jadual pengambaran yang panjang, perjalanan ke penggambaran yang jauh dari ahli keluarga, khabar angin serta gosip yang mengguris hati,” katanya.

Celebrity Reel adalah projek usaha sama antara artis Celepets, Blublack Productions dan Trylah Sdn Bhd yang telah dimulakan tayangannya menerusi telefon pintar pada Mei 27 lalu.

Kata Yasmin Hani, peminat Celepets kini boleh mendapatkan siri video eksklusif yang dihantar terus kepada telefon pintar mereka.

“Untuk pertama kalinya, peminat boleh mendalami kehidupan artis Celepets dari sudut yang unik dan tidak pernah dikongsi dari acara glamor karpet merah, melayan kerenah anak-anak serta keluarga di rumah dan waktu privasi bersama teman lelaki atau suami.

“Siri Video Realiti ini adalah yang pertama dan ramai peminat telah pun melanggan melalui Celebrity Reel berikutan pengumuman dari Celepets melalui akaun media sosial kami baru-baru ini.

“Celepets mempunyai jadual yang sibuk, dengan rancangan perjalanan peribadi, pengambaran televisyen, percutian bersama keluarga, kelas yoga, mengurus perniagaan dan lain-lain.

“Saya percaya, peminat pasti akan terhibur dengan siri video realiti yang unik, spontan serta menyeronokkan dan anda juga akan dapat mendalami kehidupan kami, mengenali nama samara kami, hobi, pendandan kegemaran dan banyak lagi daripada Celepets melalui siri video realiti ini,” katanya.

Celebrity Reel adalah perkhidmatan berbayar di mana penonton yang berminat perlu melanggani perkhidmatan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman facebook di www.facebook.com/celebrityreel (untuk melanggan, dan juga terma & syarat) atau ikuti Twitter di @CelebrityReel untuk maklumat terkini. – Murai

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails