Saturday, June 29, 2013

Zoey Mahu Tamatkan Zaman Bujang 2015

Zoey Rahman


Zoey Mahu Tamatkan Zaman Bujang 2015


Pelakon dan pengacara berwajah keanak-anakan, Zoey Rahman mendedahkan mahu mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya pada 2015.

Zoey, 28, turut mengakui sekarang sedang berkawan dengan pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa yang dikenalinya di laman sosial Myspace.

“Sekarang ini saya memang sedang berkawan dengan seseorang yang merupakan pelajar UIA dalam jurusan Undang-Undang. InsyaAllah, jika jodoh saya dengan dia berpanjangan memang saya mahu berkahwin dengannya.

“Lagipun saya dah menetapkan sasaran umur 30 tahun untuk menamatkan zaman bujang dan kekasih saya pun ketika ini berumur 24 tahun. Saya dah kenal dia lama sejak dari zaman Myspace lagi dan baru tahun ini hubungan kami mula terjalin secara serius,” katanya memetik laporan portal Malaysian Digest.

Semoga perancangan Zoey untuk mendirikan rumahtangga dipermudahkan Allah SWT dan diharapkan hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails