Apa Masalahnya Jika Saya Kahwin Lari? – Shah Jaszle
Kahwin lari? Biar betul apa yang kami dengarkan ini wahai sang jejaka tampan Shah Jaszle?
Memetik laporan Rotikya.com menerusi Berita Harian, Shah Jaszle dikatakan akan terus berpegang dengan pendiriannya untuk berkahwin dengan kekasih hatinya, Puteri Redzwan.
Walaupun pertunangan mereka itu putus pada 10 Jun lalu, rasa sayang dan cinta tidak pernah padam antara mereka meskipun perhubungan mereka itu tidak direstui keluarga.
Mereka berdua dikatakan telah sedaya upaya untuk meredakan situasi yang kian tegang antara kedua keluarga.
“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi”
“Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan,” ujar Shahz Jaszle.
Dalam pada itu, Shah Jaszle turut menjelaskan bahawa Puteri sering menemaninya di set pengambaran selepas insiden khalwat lalu.
Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa keluarga Puteri secara terang-terangan menolah Shah Jaszle sebagai sebahagian daripada keluarga mereka.
Bukan itu sahaja, keluarga Puteri turut menasihati Puteri dan akan bertindak untuk mengurungnya sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil.
Apa-apa pun, MyNewsHub ingin menasihati Shah Jaszle supaya berfikir dengan bijak dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.
Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat serius.
Justeru, keberkatan dari kedua ibu bapa adalah sangat penting dalam menjamin keharmonian sesebuah rumahtangga itu.
Sumber: Rotikaya
0 comments:
Post a Comment